Friday, January 23, 2015

Ini Semua Ilusi





Ini semua ilusi
Bayangan khayalan indah
Mimpi siang hari

Ini semua ilusi
Impian untuk bertakhta
Hanya sahaya hina

Ini semua ilusi
Saudara sehidup semati
Belakang bersimpul hasad

Ini semua ilusi
Tautan segenggam rasa
Kasih tiada bersahutan

Ini semua ilusi
Janji sebuah bahagia
Bersarang seribu derita

Ini semua ilusi
Segalanya cuma palsu
Lakonan sebuah kehidupan

Ini semua ilusi
Dunia dan isinya
Abadi di sana

@din_diet
Goochey Baye, 230115

2 comments:

hakim sanji said...

dah submit lirik masuk lagu nasyid tak ni??

Din_diet said...

belum. haha. lagu nasyid ke ni?