Sunday, April 11, 2010

Pakar Pemakanan di Klinik Terpilih


kesan obesiti - gambar hiasan

Pakar pemakanan di klinik terpilih
2010/04/11

Tangani obesiti, dedah gaya hidup sihat

KUALA LUMPUR: Seramai 300 pakar pemakanan akan ditempatkan di klinik kerajaan terpilih secara berperingkat bagi memberi kaunseling kepada masyarakat berhubung cara pemakanan dan gaya hidup yang sihat sekali gus mengelakkan obesiti.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata bagi tahun ini seramai 51 pakar pemakanan akan ditempatkan di klinik yang dikenal pasti dan selebihnya akan dihantar secara berperingkat.

"Ini juga sebagai langkah menaik taraf klinik kerajaan, tidak ketinggalan juga klinik 1Malaysia," katanya selepas merasmikan Majlis Cegah Obesiti Malaysia (Mcom) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, semalam.

Mcom yang dianggotai 13 anggota persatuan berperanan membantu kerajaan menangani masalah obesiti serta memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai cara gaya hidup yang sihat.

Beliau berkata, inisiatif membekalkan pakar pemakanan di klinik terpilih daripada 802 klinik kerajaan di seluruh negara diharap dapat membendung peratusan masalah berat badan dan obesiti di kalangan rakyat Malaysia yang menunjukkan peningkatan sebanyak 70 peratus pada 2006 berbanding 10 tahun sebelum itu.

Liow berkata, antara punca utama peningkatan ketara itu disebabkan faktor makanan dan perubahan gaya hidup.
"Jika dulu, orang makan dua kali sehari tetapi sekarang orang makan sehingga lima kali sehari, dengan makan pada tengah malam di kedai mamak.

"Kanak-kanak hari ini juga tidak lagi bermain di luar tetapi hanya bermain ''playstation'' di rumah, ia juga mendorong kepada faktor masalah itu dalam jangka masa panjang," katanya. – Bernama

dipetik daripada Berita Harian, 11 April 2010
link asal

Ulasan:
Oh. inilah keadaannya apabila semakin ramai boroi/buncit/gemok. tapi pakar pemakanan diperlukan untuk membanteras masalah ini.adakah ini satu peluang kerja? eh..aku dietetik.tapi x kisah la, cuba tanya aiman.ada ke dia kisah? buat la apa2 kerja pun asalkan halal..

tapi obesiti ni adalah salah satu faktor utama yang boleh menyebabkan pelbagai komplikasi/masalah kesihatan - diabetes, sakit jantung, tekanan darah tinggi, kanser dan lain-lain (Formiguera, 2004).

nampaknya kena jaga pemakanan ni..mudah-mudahan kita beringat sebelum kena.

2 comments:

ummu muhammad said...

assalamualaikum,

maknanya kita ada peluang kerja yang agak tinggi ke ni?

Din_diet said...

waalaikumussalam..

mungkin, insyaAllah.. tp ni rasanya baru perancangan pihak KKM je kut..bila mereka nak mula benda ni xtau la.