Tuesday, November 23, 2010

Carta HYLI Januari 2010

Salam Sejahtera

Seperti diwar-warkan sebelum ini , kedudukan lagu dalam Carta HYLI untuk bulan Januari 2010. sila baca intro dahulu ye.

Lagu daripada kumpulan nasyid Destiny. Salah seorang ahlinya iaitu Rozi sekuliah dengan aku semasa di KMPH (antara kolej matrikulasi paling laju di Malaysia).


9) Memori Cinta Luka - Nassier Wahab


lagu best daripada penyanyi Nassier Wahab. Boleh panggil penyanyi veteran tak? sebabnya beliau ni dah lama gak di arena muzik tanah air ni.


8) Cinta Terakhir - Aiman


Mungkinkah terputus di tengah jalan? Mungkinkah terlerai tanpa ikatan?
Itulah kata-kata Aiman dalam lagu ni. Lagu pemenang tempat kedua Akademi Nasyid TV9 (2008) ni dah banyak digunakan oleh drama2 di TV sebagai lagu tema.


7) Anima Rossa - Porno Graffitti


Satu perkara yang perlu diingatkan, kumpulan ini bukanlah menghasilkan projek porno seperti Ariel Peterpan. Cuma namanya sedemikian. Lagu ni adalah lagu pembukaan ke-11 kpd siri Anime Bleach.


6) Resah - Instinct


Lagu ni tak jemu aku dengar, mengisahkan resah seorang hamba dalam menagih kasih Tuhannya. Lagu daripada kumpulan nasyid Instinct yang mana album mereka ni boleh didapati secara online. video klip resah boleh ditonton di YouTube. sila Google, terima kasih.


5) CHE.R.RY - Yui


Single Yui ni dah lama dikeluarkan sebenarnya. Lagu jiwang nih.


4) Tum Mile - Neeraj Sridhar


Lagu ni merupakan petikan daripada filem hindi, Tum Mile (2009). Filem ini lakonan Emraan Hashmi dan Soha Ali Khan berlatarbelakangkan banjir besar yang melanda Mumbai pada 2005. Kisahnya mereka ni bekas kekasih yang dah putus dlm 5-6 tahun dan bertemu semula semasa banjir tu. Rupa-rupanya dalam masa semalaman banjir tu mereka belajar lebih banyak tentang diri masing2 daripada selama ini. sila tonton filem ni untuk lihat kesan khas atau tunggu lah ia ditayangkan di TV.


3) Colors - FLOW


Lagu band jepun, FLOW yang dipetik sebagai lagu pembukaan kepada siri animasi Code Geass : Lelouch of The Rebellion (anime Mecha).


2) Ku Milik Mu - Azhan Atan


Lagu daripada album solo pertama juara Akademi Nasyid TV9 yang dirakamkan dibawah syarikat Hijjaz Records dengan kerjasama TV9.
Ku mohon Engkau bimbinglah kelemahan hati ini...


1) Days - FLOW




Satu lagi lagu daripada kumpulan FLOW. Lagu ni adalah lagu tema kepada siri Animasi Eureka Seven (cerita Mecha lagi). Lagu pertama daripada kumpulan FLOW yang aku dengar dan meninggalkan kesan yang agak mendalam. Best!


Jumpa lagi untuk bulan seterusnya.

Carta HYLI Intro

Salam Sejahtera

Alhamdulillah, tamat sudah peperiksaan untuk semester 1 2010/2011. Sekarang hanya tinggal keputusannya sahaja. Apa sahaja yang terjadi di dewan exam baru-baru ni hanya tinggal sejarah.kalau menangis air mata darah pun dah tak ada gunanya.



Baiklah, kembali semula kepada topik asal iaitu Carta HYLI. Nama HYLI ni adalah singkatan daripada moto blog aku (description? title?) iaitu Hidup Yang Lebih Indah. Tidak ada mana-mana syarikat korporat ataupun keparat yang menaja carta ini. Dan juga carta ini tidak disiarkan di mana2 stesen televisyen dan radio tempatan mahupun luar negara.

Sebagai pengenalan, carta ini akan mengandungi lagu2 yang paling aku sukai semasa bulan-bulan tertentu. Walaupun sekarang dah bulan November tapi aku akan masukkan entri berkenaan carta ni bermula dari Januari 2010. Sebabnya aku dah lama rancang tapi tak sempat nak update kan dalam blog.

Syarat-syarat lagu yang layak dicalonkan (Kuasa Veto aku sendiri):
1) disampaikan dalam apa-apa bahasa (Melayu, Inggeris, Arab, Jepun dan lain2)
2) dinyanyikan oleh manusia (lelaki, perempuan)
3) genre bebas (nasyid, rock, etnik kreatif, balada dan sebagainya)
4) tahun lagu tersebut diterbitkan (sepanjang zaman)
5) syarat lain akan diberitahu dari semasa ke semasa

Setiap bulan 10 lagu akan dicatatkan dalam entri carta.
Oleh itu nantikan entri berkenaan Carta HYLI di blog ini.
Semoga aku menepati janji.

Sunday, November 21, 2010

Prebiu Minggu 3 Final Sem 1 2010/2011

Salam Sejahtera

Minggu ni minggu terakhir exam. di saat ini aku ketensionan selepas Malaysia kalah pada Thailand dalam acara sepak takraw berpasukan, Koo Kien Kiat dan Tan Boon Heong pula kalah kpd beregu Indonesia dalam final badminton beregu lelaki di Sukan Asia dan Newcastle United pula terdibelasah oleh Bolton Wanderers 1-5 tadi dalam Liga Perdana Inggeris. (T_T)

Marilah kita buat prebiu untuk minggu ketiga peperiksaan akhir semester 1 bagi sesi akademik 2010/2011. Nampaknya satu lg minggu penuh rintangan..



Ahad 21/11 (2.15 - 4.15 petang)
GTD 317/3 Latihan Dietetik Dalam Unit Khas I


Kerja Kursus: 60% (CA : B-, Case Report: B-, Case Presentation: A)
Final : 40%

Soalan subjek ni mungkin berkisar tentang pengurusan pesakit dalam keadaan kritikal. Antara soalan yang mungkin ditanya adalah perancangan dan bantuan kepada pesakit dalam keadaan koma atau yang tak mampu mengambil makanan seperti biasa. Jadi, pemakanan secara enteral dan parenteral perlu diberikan kepada pesakit terlibat. Pemantauan terhadap pesakit juga perlu dilakukan dengan baik dan berterusan bagi memastikan pesakit dapat menerima (toleransi) kepada pemakanan yang diberikan. Komplikasi yang timbul perlu diatasi. Terapi makanan perubatan (Medical Nutrition Therapy - MNT) juga perlu diberi perhatian. Wad yang terlibat untuk praktikal adalah 3U(surgeri perempuan), 8S (perubatan HDU kot, aku dah lupa..huhu) dan 2D (neuro ICU). Fahamkah korang semua? Untuk exam juga, nota yang terdahulu juga perlu disemak semula.

Ramalan:
B. i will try to do my best again, sir! B- takkan boleh diterima dengan hati tenang.



Selasa 23/11 (9.00 - 11.00 pagi)
GTD 401/4 Latihan Dietetik Pesakit Luar II

Kerja Kursus: 60% (38.1/60)
Final: 40%

Akhirnya, ada juga kertas di sebelah pagi. Yang kedua untuk sem ini. Dan kami akan menduduki peperiksaan tanpa lecturer kami Dr Sakinah, yang pergi menunaikan haji tahun ini. En Karami akan bertugas untuk menggantikan beliau.

Subjek ini, adalah kesinambungan semester lepas (aku dapat B+ untuk kertas tu) yang mana praktikalnya melibatkan pertemuan dengan pesakit-pesakit luar di klinik dietetik. Rutin harian untuk praktikal subjek ni bermula seawal 8.10 pagi. Kami perlu naik ke wad-wad yang telah ditetapkan untuk membuat Indent Diet (memeriksa pesanan diet supaya tepat dengan keadaan penyakit pesakit). Aku dan Syam kena cover wad ortopedik (4U, 4S, 2Z) dan wad oftamologi (2U) untuk 2 minggu awal. untuk minggu seterusnya wad 2 Intan dan 1 Selatan. Setelah siap kerja indent diet ini, kami akan balik ke klinik menunggu pesakit yang datang ke klinik (selalunya dirujuk oleh doktor). Penyakit yang biasa ditemui? T2DM, HPT, HPL, GDM, IHD, FTT. sila google untuk melihat apakah maksud singkatan2 ini. Juga semester ni, ada test kaunseling dijalankan (10% daripada markah kerja kursus) selain pembentangan kes (bernasib baik dipuji..tq en karami) dan laporan kes (2 kes dan dalam studi week baru siap..terukk). Praktikal klinik pula dijalankan bersama dietitian HUSM. kalau sem lepas bersama dietitan PPSK.

Untuk exam, sila la studi ye! 4 unit ni. Rajinkan diri melihat nota2 dan perkukuhkan perkara asas yang patut diketahui sbg seorang pelajar dietetik.

Ramalan
B+. sekurang-kurangnya kena sama dgn sem lepas.


Wassalam.

Sunday, November 14, 2010

Prebiu Minggu 2 Final Sem 1 2010/2011

Salam Sejahtera

prebiu untuk peperiksaan minggu kedua. Minggu ni cuma ada satu kertas sahaja.



Selasa 16/11 (2.15 - 4.15 petang)
GTD 310/4 Latihan Dietetik Dalam Wad I


Kerja Kursus: 60% (CA : B-, Case Report: B-, Case Presentation: A-, Projek: A)

Final : 40%

Untuk subjek ni, apa yang perlu dilakukan adalah menyemak semula nota-nota dari semester sebelum ni untuk subjek Sir Daniel dan juga memperkemaskan balik pengetahuan tentang praktikal yang telah dilalui dalam semester ni. Semasa praktikal, latihan dalam dietetik dalam wad ni melibatkan dua wad iaitu wad pediatrik (seliaan Pn Ju) dan wad onkologi (En Nizam). masalah utama aku semasa kat wad? Tahap persembahan di bawah tahap sebenar. Penilaian tahap pemakanan juga masih lemah dan perlu dibaiki dengan segera. Sebelum apa-apa terjadi semester depan.

Ramalan:
B. tetapi rasanya aku boleh buat lebih baik lagi.i will do my best, sir!

Thursday, November 11, 2010

Stadium Berjiran!

Salam Sejahtera.

Kali ni aku nak kongsi beberapa buah gambar tentang stadium yang berada dekat2. Stadium2 yang berada dalam kawasan sama dan bandar sama.


(1)
Liverpool & Everton


Kelihatan stadium Anfield (Liverpool, atas) dan Goodison Park (Everton, bawah) hanya dipisahkan oleh Stanley Park.

Kedua-dua Liverpool dan Everton sekarang sedang bermain dalam Liga Perdana Inggeris. Perlawanan antara dua kelab ni dikenali sebagai Merseyside Derby yang sememangnya sengit setiap tahun.


(2)
Nottingham Forest & Notts County


Hanya Sungai Trent memisahkan kedua-dua stadium Meadow Lane (Notts County, atas) dan City Ground (Nottingham Forest, bawah) di bandar Nottingham ini.

pada masa sekarang, Nottingham Forest beraksi di Liga Kejuaraan (Divisyen Satu) manakala Notts County beraksi di Liga Satu setelah menjuarai Liga Dua (Divisyen Tiga) tahun lepas.

(3)
Dundee & Dundee United


Dekatnya stadium!! Dua kelab dari Liga Scotland yang berasal dari bandar Dundee, Dundee (Dens Park, stadium di sebelah kiri) dan Dundee United (Tannadice Park, sebelah kanan) memiliki stadium yang terletak sangat2lah berhampiran. Jarak? cuma 310 ela (283.5 meter). Rekod Dunia untuk jarak antara dua stadium yang paling dekat bagi kelab bola sepak professional.

Dundee United sekarang beraksi di Liga Perdana Scotland. Dundee pula beraksi satu divisyen di bawah, iaitu dalam Divisyen Satu. Dundee juga sedang menghadapi krisis kewangan yang menyaksikan mereka dipotong 25 mata lalu terperosok di tangga terbawah Divisyen Satu.


(4)
Inter Milan & AC Milan


Kelab Itali, Inter Milan dan AC Milan pula berkongsi stadium yang sama iaitu stadium Guiseppe Meazza atau lebih biasa dikenali sebagai San Siro. Dua kelab ni biasa bergilir-gilir beraksi di stadium ni. Mungkin boleh kira yang ni dekat lagi kot.tapi rasanya tak dikira dekat sebab dua kelab ni memang kongsi stadium.


suasana semasa perlawanan di San Siro


Artikel asal di sini.

Sunday, November 7, 2010

Prebiu Minggu 1 Final Sem 1 2010/2011

Salam sejahtera

Entri mengenai peperiksaan sekali lagi. Bagaimanapun, untuk lebih praktikal, prebiu untuk final semester kali ni dibuat mengikut minggu. Minggu ni paling kritikal.


Isnin 08/11 (2.15 – 4.15 petang)
GTD 312/4 LATIHAN PERKHIDMATAN MAKANAN

Kerja kursus (praktikal + laporan): 70%
Final: 30%


Peperiksaan dua jam. Kertas 4 unit. Kelas tak ada. Sesungguhnya latihan industri kami pada bulan Mei dan Jun lepas sangat memainkan peranan penting. Dr Sherry telah memberikan taklimat tentang soalan-soalan yang akan ditanya untuk menentukan 30% lagi markah. Selebihnya bergantung kepada markah yang diperoleh semasa praktikal tersebut. Bentuk soalan? Esei dalam 3-4 soalan selama 2 jam. Mungkin perlu studi nota food service semula (buat review semula).

Ramalan:
A-. Sangat2 berharap pada subjek ini untuk mentop-up kan PNGK aku yang kian terdesak ni.huhu. Rabbana yassir wala tu’assir umurona..




Selasa 09/11 (9.00 – 12.00 tgh hari)
GTD 402/3 ADVANCED NUTRITION


Kerja kursus: 40%
Final 60%


Ni subjek standard yang biasa. Peperiksaan akhir yang memainkan peranan besar. Untuk subjek ni, banyak nota-nota dan bab-bab dalam buku ‘Understanding Normal and Clinical Nutrition’ yang disarankan oleh prof Wan Manan. Baru-baru ni juga laporan kerja kursus (assignment) telah dihantar pada 26 Oktober lepas, selepas beberapa kali ditangguhkan tarikh tutupnya. Dan juga subjek ni ada satu-satunya ujian selanjar (CA) untuk sem ni, walaupun keputsan CA tu aku tak yakin sangat. Jom studi.

Ramalan:
B. setelah menilai persediaan dan pencapaian semasa . Pastikan subjek ni tidak tergelincir ke B-, kalau tak habis la nanti PNGS aku.huhu..Walaubagaimanapun, rekod lepas aku dengan subjek prof ni agak seimbang. Latihan komuniti dapat A- (sem 1 tahun 3) yang mana ini masih lagi rekod untuk subjek teras aku. Cuma penilaian taraf pemakanan (sem 2 tahun 2) hari tu agak teruk, sebab aku kecundang dalam dewan masa tu).


Dah. Jom studi

SELAMAT MENGHADAPI UJIAN.


Wednesday, November 3, 2010

Analisis Final Sem 2 09/10 (TERTUNDA)

Salam sejahtera

Sebelum anda membaca entri ini, sila rujuk entri ini dahulu.

Dah baca? Ok.

Sebelum semester 1 2010/2011 ni melabuhkan tirai, aku nak buat analisis ringkas tentang peperiksaan semester lepas. Rasa-rasanya belum lagi terlambat untuk buat analisis.huhu.



GTD 308 Penyediaan Diet Teraputik
Sasaran: B Keputusan: B

Ulasan:
Aduh. Untuk kertas ni, aku agak sedikit kekaburan (blurr) semasa nak menjawab. Peperiksaan bagi kertas ini sebenarnya berperingkat kerana ada 2 sesi, iaitu exam di dewan dan di dapur. Di dapur? Memasak menu yang telah dirancang semasa dalam dewan. Sempat juga aku merancang menu dan menempah barang2 yang diperlukan untuk memasak (perlu fikir dengan pantas). Paling penting aku telah tertempah lebih bahan mentah (atau membazir). Dan menu aku ialah masakan sup dan pudding. Sup tu rasanya agak ok tapi pudding tersebut tawar hebe. Pudding itu dibuat dengan campuran buah-buah termasuk anggur, tembikai susu dan jagung. Jagung dan anggur ok. Tapi rasa pudding tu dirosakkan oleh tembikai susu. Mungkin aku perlu belajar memasak dengan Sanji (cara utk buat pendarahan hidung x perlu ye.haha)



GTD 307 Prinsip Terapi Diet 2
Sasaran: B / B+ Keputusan: B-

Ulasan:
Gagal mencapai tahap yang dikehendaki. Dan malam sebelum exam ini, aku mengalami keracunan makanan. Muntah-muntah dan cirit birit. Puncanya? Mungkin roti sandwich yang contaminated (damn fish fillet!). Malam tersebut aku tidak keluar makan sebabnya konon2 aku mahu studi. Last2 jadi stido. Pagi esok tu baru sempat belek nota sikit. Salahkan diri sendiri kerana tidak study awal2. Alhamdulillah markah x teruk sangat.



GTD 303 Antropologi Pemakanan
Sasaran: B / B- Keputusan: B
Ulasan:
Minggu untuk kertas GTD 307 dan GTD 303 tu sebenarnya agak teruk. Malam sebelum exam ini, ada orang spoil mood aku nak study. Menyebabkan aku hilang terus daya untuk belajar malam tu. Sebab apa tak perlu diungkit kembali. Kes ditutup. Namun, sebab exam esoknya petang, jadi pagi tersebut sempat la tengok2 sikit nota (mood dah ok). Dan keputusannya? Agak baik la. Syukur..



GTD 318 Latihan Dietetik Pesakit Luar 1
Sasaran: A- / B+ Keputusan: B+

Ulasan:
Ramai kawan2 aku dapat A- untuk paper ni. Mungkin aku tak berjaya menjawab sepenuhnya ataupun markah bawa ke depan (carry mark) tak berapa cemerlang. Sebab kaunseling aku memang agak hancuss (pada masa itu. Sekarang? Lebih baik kot). Kira ok la..




GTD 320 Pengurusan Perkhidmatan Makanan
Sasaran: B Keputusan: B+

Ulasan:
Satu-satunya subjek yang dapat melepasi sasaran. Kertas terakhir untuk exam sem lepas, kertas ni yang paling banyak fakta rekaan sendiri. Namun melepasi sasaran. Wow! Terima kasih Dr Sherry. Hehe.



WSC105 Bola Tampar
Keputusan: A

Ulasan:
A solid pertama utk subjek ko-k. terima kasih kpd encik ghani (jurulatih). seronok jugak ambil ko-k yang rata2nya pelajar 1st year (kecuali husna yg amik sama dgn aku). jadi kamilah orang tua dalam kelas bola tampar.haha


Kesimpulan
PNGS: 3.19. agak merosot berbanding dengan sem 1. Nasib baik PNGK terus meningkat, walaupun tidak mencapai tahap dikehendaki. Usaha perlu diteruskan lagi untuk mencapai keputusan yang lebih baik (ayat buku rekod sekolah).

Sekian.