Wednesday, March 9, 2011

Kedai Ehsan Marketing Terbakar

Salam Sejahtera.

Tadi aku pergi ke HRPZ II sekali lagi. Walaupun dah habis praktikal, aku masih lagi rajin nak pergi ke Hospital. Aku nak buat apa agaknya? Nak usha orang? Nak cuci mata?

Takde la. Aku pergi ke Hospital sebab nak hantar laporan kes (case report atau case write up) kepada bos (h.o.d) seperti yang dijanjikan, walaupun dah terlambat. Kemudian aku tengok ada polis trafik sedang mengawal lalu lintas. Kereta-kereta disuruh berpatah balik. Aku dengan motosikal, jadi boleh tembus. Aku meneruskan tunggangan dan melihat paip hos bomba berselirat di atas jalan.

Lalu kemudiannya aku nampak kedai runcit Ehsan Marketing ni sedang terbakar. Tapi kebakaran sedang dikawal oleh bomba dah. Tapi asap masih banyak lagi la. Kedai ni jual barang-barang runcit tapi kira macam ala-ala pemborong jugak kot aku rasa. Tapi Ehsan Marketing ni ada banyak lagi perniagaan selain jual barang-barang runcit.

Ni ada gambar sikit.

10.15 pagi


kebakaran sedang dipadamkan

semasa pulang dari HRPZ II (2.20 petang)


Untuk berita lebih lanjut, sila beli akhbar esok ataupun lihatlah televisyen kalau2 ada..
Kebakaran dikatakan bermula kira-kira pukul 8 pagi tadi. Punca kebakaran dan jumlah kerugian tidaklah aku tahu. Sama-sama kita nantikan..



NOTA KAKI:
Kepada Pihak Ehsan Marketing, saya memohon maaf sekiranya tersilap memberi penerangan tentang perniagaan anda. Harap pihak tuan dapat bersabar dan menerima segala yang terjadi adalah suratan takdir.

4 comments:

Lea Isnawi said...

mungkin kah arson?
atau kecuaian?
tapi rasanya kedai runcit xde jual ignitable liquid
or maybe kerosine takpun gas
wah..kes menarik ni..

Din_diet said...

x pasti la apa punca dia..
tapi rasanya dekat2 kedai tu ada gerai makan.

kes menarik? ajak cosmate semua siasat! 10 minit je dari usm.hehe

chanz said...

kedai ni la aku beli air mineral untuk mpi ari tu......huhu

Unknown said...

satu hari suntuk jem semalam..huhu