Tuesday, April 26, 2011

El Klasiko Malaysia? Red Warriors vs Red Giants!

Salam Sejahtera.

Pada malam ni, dua pasukan merah (Reds!) akan bertarung di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu dalam Perlawanan Liga Super 2011. Pendahulu liga, Selangor (Red Giants) bertandang ke Kota Bharu dengan harapan untuk menebus kekalahan pusingan pertama di Shah Alam pada perlawanan pembukaan liga (29 Januari 2011). Pada perlawanan tersebut, Kelantan menewaskan Selangor 2-0 menerusi jaringan Norshahrul Idlan Talaha dan Mohd Badhri Razi untuk menjulang Piala Sumbangsih.

menjulang Piala Sultan Ahmad Shah menewaskan Selangor 2-0


Pertembungan antara dua pasukan ini boleh dianggap sebagai 'El Clasico' versi Malaysia. Kelantan sebagai sebuah pasukan yang sedang meningkat naik mencabar Selangor yang secara tradisinya adalah pasukan Malaysia yang paling berjaya setakat ini. Setakat ini Kelantan telah berjaya memenangi Piala Malaysia pada tahun 2010, kali pertama dalam sejarah dan mara ke perlawanan akhir Piala FA sebelum itu pada 2009. Sasaran seterusnya semestinya adalah Liga Super.



Malam ini, Kelantan perlu menang untuk mengecilkan jarak perbezaan mata dengan Selangor di takhta liga. Sebelum perlawanan malam ini, Kelantan berada di tempat ke-3 dengan 27 mata manakala Selangor di tempat teratas dengan 32 mata daripada 14 perlawanan. Walaupun sebelum ini beberapa keputusan Kelantan agak mengecewakan menyebabkan Red Warriors tergelincir dari persada liga (kalah 0-4 kepada Perak, seri dengan Sabah 0-0). Diharapkan momentum kemenangan Kelantan akan diteruskan malam ini untuk terus mencabar kejuaraan Liga Super.

Skuad Datuk M Karathu diharapkan agar dapat menampilkan persembahan terbaik malam ini dan tidak menghampakan penyokong yang akan memenuhi stadium malam ini dan seluruh penyokong Kelantan di mana mereka berada. Selangor, dengan kombinasi pemain-pemain kebangsaan Malaysia dulu dan kini bagaimanapun dijangka akan bermain habis-habisan untuk menebus kekalahan dahulu dan mengukuhkan cengkaman di puncak liga. Namun, semangat juang tinggi dan sokongan padu lautan merah akan membuka peluang untuk kemenangan pasukan Red Warriors.

Siaran langsung malam ni di Astro Arena (801).

Gomo kelate gomo!!

Kelantan vs Selangor
26 April 2010
8.45 malam
Stadium Sultan Muhammad ke-IV

2 comments:

chanz said...

jersi kali ni tak ketara sgt "happy" coz ada belang. hahak~ aku tgk 10 min jek. aku percaya red warrior akan happy malam ni

Din_diet said...

happy! menang sudah..haha