Monday, May 2, 2011

Mei

Salam Sejahtera


Sekarang sudah bulan Mei.
Jadi 4 bulan sudah habis untuk 2011.

Pekerja-pekerja cuti pada 1 Mei.
Jadi cutilah para pekerja. Jangan datang ke pejabat.



Pelajar di universiti akan menamatkan peperiksaan mereka tak lama lagi. Lepas tu cuti.
Sampai bulan September.
Jadi tak perlu risau tiket bas balik kampung masa nak raya nanti. Boleh puasa di rumah.

Pelajar tahun akhir universiti bertukar status kepada 'dalam perhubungan' dengan anggur.
Jadi tanamlah anggur itu. Biar jadi peladang berjaya.




Pelajar di Kolej Matrikulasi/lepasan SPM akan tahu mana nak sambung pengajian
Jadi berdoalah, supaya dapat kursus idaman. Sementara ada masa di rumah, nikmatilah dengan sebaiknya.

Perebutan kejuaraan Liga-liga di Eropah akan ditentukan.
Jadi pasukan terbaik (atau bernasib terbaik) akan menang.




Mereka yang lahir di bulan Mei akan cukup lagi setahun umur mereka bulan ni.
Jadi selamat ulang tahun, semoga hidup anda lebih indah lagi tahun ini.

Bulan ini segalanya mungkin terjadi (may in English)
Jadi bersedialah untuk menghadapi segalanya.


Din_diet
1.30 am
Isnin 02.05.2011
R143 Nurani


P/S: Ketandusan idea untuk update blog walaupun exam dah habis!! huhu

2 comments:

Lea Isnawi said...

Selamat menyambut Mei!

Din_diet said...

Selamat menyambut Mei jugak!

cmna ngan Mei Ling? hmm..