Thursday, May 19, 2011

Review Album: UNIC - Hijrah

Salam Sejahtera.

Kali ni aku nak membuat 'review' bagi album terbaru UNIC yang diberi tajuk 'Hijrah'. Kini berada di pasaran. Album kali ini dihasilkan dengan kolaborasi bersama oleh UNIC dan syarikat HPA.



Album Hijrah ini adalah album ketujuh UNIC, menyusul setelah album You and I See (2001), See You di IPT (2003), Satu Tekad (2005), Tika Itu (2007) dan kompilasi Langkah Tercipta (2009). UNIC juga pernah merakamkan album Nur Muhammad (2010) yang mengandungi lagu-lagu dan selawat bersama kumpulan Inteam. Kini UNIC dianggotai oleh Bazli, Fadzli dan Fakhrul Radhi. Untuk maklumat lanjut tentang UNIC anda bolehlah ke laman web ini.


Album ini juga adalah album penuh pertama UNIC di bawah rakaman UNIC Records, iaitu syarikat yang ditubuhkan sendiri oleh UNIC. Antara lagu popular UNIC sebelum ini adalah Hanya Tuhan Yang Tahu, Balqis, Ke Makam Bonda, Atas Nama Cinta, Langkah Tercipta dan lain-lain.

Berbalik kepada album kali ini, album ini memuatkan 9 trek, iaitu tujuh lagu dan dua Doa yang dijadikan trek pembukaan dan trek penutup. Senarai lagu-lagu:

1) Doa Dhuha
2) Hijrah
3) As Syafi
4) Menuju Wawasan
5) Ubatan Hakiki (feat. Fadzli Far East)
6) Sangkar Hati
7) Solatlah Wahai Permata Hatiku
8) Sajak Usahawan
9) Doa Rabitah


Seperti biasa ulasan lagu-lagu secara individu:


Hijrah
(Lagu: Ummu Amar & Lirik: Tuan Haji Ismail Ahmad)
Lagu ini mengungkapkan tentang hijrah. Maksud hijrah secara umum disampaikan menerusi lagu ini, iaitu perubahan dari keadaan yang kurang/tidak baik kepada keadaan yang lebih baik. Lagu balada yang menenangkan. (4/5)


As Syafi
(Lagu: Bazli UNIC & Lirik: Tuan Haji Ismail Ahmad)
Sedikit adunan muzik etnik. Liriknya adalah gabungan bahasa Melayu dan Bahasa Arab. (3.5/5)


Menuju Wawasan
(Lagu & Lirik: Fairuz (Suara Firdaus)
Lagu asal oleh kumpulan nasyid Suara Firdaus. Disampaikan semula oleh UNIC. Dijadikan single pada tahun lepas. Lagu ini berkenaan umat Islam yang digesa supaya menjadi cemerlang dalam setiap apa yang dikerjakan. Umat Islam juga dinasihatkan supaya meninggalkan sikap negatif supaya Islam kembali ke puncak kegemilangannya. (4/5)


Ubatan Hakiki (feat. Fadzli Far East)
(Lagu: Fadzli Far East & Lirik: Tuan Haji Ismail Ahmad)
Lirik lagu ini berkisar tentang sakit dan usaha untuk mengubati sakit itu. Di samping berusaha dengan berubat, kita juga perlu memohon kepada Allah kerana hanya dengan izin Nya kita mampu sembuh. Sakit itu juga mungkin boleh menjadi penghapus dosa. Satu lagi lagu balada yang baik. (4/5)


Sangkar Hati
(Lagu: Bazli UNIC & Lirik: Tuan Haji Ismail Ahmad)
Masih lagi kekal seperti lagu-lagu nasyid sebelum ini, sebuah lagu pop ballad walaupun susunan muziknya agak berlainan jika dibandingkan dengan lagu-lagu biasa UNIC. Mendengar lagu ini membuatkan pendengar tertanya-tanya apa yang sebenarnya yang kita cari di dunia ini. Tapi aku suka lagu ini. (4.5/5)


Solatlah Wahai Permata Hatiku
(Lagu: Fadzli Far East & Lirik: Tuan Haji Ismail Ahmad)
Kepentingan solat dan nasihat kepada insan terutamanya anak-anak kecil supaya jangan meninggalkan solat adalah perkara yang ditekankan dalam lagu ini. (3.5/5)


Sajak Usahawan
(Lagu: Bazli UNIC & Lirik: Tuan Haji Ismail Ahmad)
Lagu ini aku rasa didedikasikan khas kepada semua usahawan. Ciri-ciri usahawan berjaya diungkapkan dalam lirik lagu ini. Semua usahawan, silakan dengar lagu ini. Masih ingat lagi perbezaan antara ciri-ciri usahawan dan ahli perniagaan (Kemahiran Hidup Tingkatan 2)? Lagu ini kedengaran seperti lagu koir. Satu pembaharuan yang menarik (3.5/5)


P/s:
1) Semua lagu dalam album ini ditulis liriknya oleh Tuan Haji Ismail Ahmad, iaitu Pengarah Urusan HPA. Boleh tahan lirik-lirik beliau ni.

2) Boleh dapatkan album ini di stokis dan kedai menjual produk HPA dan blog Kedai Nasyid Online. Juga ada di sini Unic.my



Facebook UNIC

4 comments:

chanz said...

kenapa mesti HPA??? ahli HPA ada diskaun tak? lol.. tak lengkap ni kalo album ni aku takde..suma album ada kot (kecuali kompilasi) ahak..


tertarik dengan lagu2 composed by Fadzli jek....

Din_diet said...

pi beli..ada kot.kedai jual buku2 agama ada kot.Jaafar rawas ada..

Lea Isnawi said...

lagu mana yang paling best?

Din_diet said...

sangkar hati dgn ubatan hakiki.solatlah wahai permataku pun best jugak.