Tuesday, May 3, 2011

NUFC Players Match Rating (2)

Salam Sejahtera.

Hm.Tiap kali aku buat ulasan, Newcastle asyik kena tibai je. Kali ni perlawanan antara Newcastle United dengan Liverpool di stadium keramat Kop, Anfield. Keputusan? Liverpool menang 3-0 menerusi jaringan Maxi, penalti Dirk Kuyt dan Luis Suarez. Kali ni aku menonton 45 minit di separuh masa kedua melalui live streaming (siaran langsung di internet).


Permainan yang agak pelik kerana Newcastle seolah-olah menguasai bola tetapi Kevin Nolan dan rakan-rakan gagal mencipta peluang yang baik untuk menyerang gawang Liverpool. Liverpool menerusi barisan tengah dan serangan diterajui Luis Suarez berterusan menghuru-harakan benteng Newcastle United. Menerusi beberapa kesilapan pertahanan, Liverpool berjaya mencetak gol. Berikut adalah penilaian aku tentang prestasi semasa perlawanan lepas.



Tim Krul (GK) Rating: 6.5
Perlu meningkatkan lagi komunikasi dengan barisan pertahanan. Tertewas gol pertama akibat bola yang melantun terkena Simpson, walaupun sudah dapat meneka dengan tepat arah bola pada awalnya.

Danny Simpson (RB) Rating: 5
Gol pertama Maxi adalah hasil bola yang melantun terkena siku Simpson. Lebih banyak bertahan semasa perlawanan.

Mike Williamson (CB) Rating: 5
Melepaskan penalti selepas mengasari Luis Suarez apabila percubaan mengeluarkan bola dari permainan tak berjaya. Secara umum, gagal beraksi dengan kemas.




Fabricio Coloccini (CB) Rating: 5.5
Colo senyap je. Juga aksi yang kurang mantap seperti biasa. Gol ketiga Liverpool hasil bola yang melantun terkena celah paha Colo ke arah Dirk Kuyt yang melorongkan bola kepada Suarez yang tidak dikawal.

Jose Enrique (LB) Rating: 5.5
Masih kelihatan seperti di awang-awangan. Nampaknya gosip-gosip perpindahan Jose di akhbar2 memberi kesan kepada tahap permainannya. Digantikan Shane Ferguson pada minit terakhir.

Joey Barton (RM) Rating: 5.5
Sepakan percuma, sepakan sudut dan hantaran lintang yang serba tak menjadi daripada pemain tengah terbaik England. Juga mensia-siakan peluang terbaik NUFC semasa permainan.




Cheik Tiote (CM)
Rating: 6
Persembahan tahap biasa-biasa je.

Kevin Nolan (CM) Rating: 5.5
Tidak melakukan apa-apa yang signifikan hari ni.




Jonas Gutierrez (LM) Rating: 6.5
Pemain NUFC terbaik semalam. Tak henti berlari dan menggelecek di sebelah kiri.

Shola Ameobi (S) Rating: 6
Gagal memberi tekanan penuh kepada pertahanan Liverpool. Namun barisan tengah gagal mencipta peluang yang cukup untuk barisan serangan. Digantikan Shefki Kuqi.

Peter Lovenkrands (S) Rating: 5
Hilang dalam ramai. Digantikan Nile Ranger.


Pemain gantian
:
Nile Ranger (S) Rating: 5
gagal meninggalkan impak setelah menggantikan Lovenkrands pada minit ke-73.

Shefki Kuqi (S)
Tenggelam juga.

Shane Ferguson (DL)
Masuk padang pada saat-saat terakhir perlawanan. Dapat berlari ke sana sini.

Pemain gantian tidak digunakan:
Steve Harper, Ryan Taylor, Steven Taylor, James Tavernier

Keputusan perlawanan menunjukkan NUFC perlu berbelanja untuk mendapatkan pemain-pemain yang lebih baik untuk bersaing dalam EPL musim depan terutamanya di bahagian penyerang, pertahanan dan sayap kanan. Bagaimanapun, kecederaan berpanjangan yang dialami musim ini seperti Hatem Ben Arfa, Dan Gosling dan Leon Best juga tidak membantu. Sekurang-kurangnya Andy 'Judas' Carroll tak memjaringkan gol menentang bekas kelabnya.


Perlawanan seterusnya: Birmingham City (7 Mei 2011). Penting untuk menang jika NUFC mahu mengakhiri musim dalam kedudukan 10 terbaik. Oh, ini masa Graduation Night.

2 comments:

chanz said...

terima kasih kerana memberikan ulasan yang bagus....

u sound like a manager lol..be like king kenny! :P

Din_diet said...

sama2.eh pool fan rupanya.haha

manager.aku manager dlm game fifa dgn football manager je. ;)

btw, fyi the 'king' kenny also managed NUFC in the past.haha