Sunday, May 15, 2011

Review Album: 12 Cinta - Cinta Ilahi Cinta Insani


Salam Sejahtera

Dah lama aku tak buat review album. Jadi sebab sekarang dah cuti dan blog aku pun lama dah x update, baik aku ulas pasal album ni. Sebelum tu, terima kasih kepada Kedai Nasyeed Online kerana membekalkan album ini kepada aku.

Album ini memuatkan lagu-lagu yang berkisar dengan cinta dalam skop yang lebih luas, bukan terhad hanya kepada cinta kekasih. Cinta Ilahi - cinta kepada Tuhan dan Cinta Insani - cinta kepada manusia amnya.

Album keluaran syarikat Artefffects Production ni (Syarikat Hafiz Hamidun) ini merupakan album kompilasi yang menggabungkan beberapa kumpulan nasyid dan artis solo, dipasarkan di pasaran pertengahan tahun lepas. Kebanyakan lagu dalam album ini adalah ciptaan Hafiz Hamidun sendiri. Berikut adalah lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini.


1) Cuba - Aidil
2) Akan Ku Jumpa - Azfar
3) Bersua Denganmu - Nur One
4) Suara Azan - Fitri Haris
5) Selalunya - Zaidan
6) Ayah - Soufies
7) Menanti Solehah - Aiman
8) Kerana Doa - Nowseeheart
9) Ku Yakin Berlaku - Aidil feat. Hafiz Hamidun
10) Ratu Hati - Nur One
11) Mistik Cinta - Iris Duo feat. Ikram Mirwana
12) Cinta Terakhir - Aiman

Lagu-lagu menampilkan pelbagai artis lama dan baru, termasuk Aidil dan Nowseeheart serta Fitri Haris (ex UNIC) yang kini bergerak solo. Aidil pula adalah penjenamaan semula kumpulan nasyid Ideal yang popular dengan lagu seperti Sembahyang dan Satu Cinta tidak lama dulu. Nowseeheart juga melakukan kemunculan semula setelah agak lama menghilang. Berikut adalah ulasan untuk setiap lagu.


1) Cuba - Aidil
(Lagu & Lirik: Hafiz Hamidun)
Lagu ini sekarang boleh didengari di TV3 setiap Jumaat jam 9 malam, menerusi drama bersiri Keranamu Laila. Lagu ini memang sentimental habis. Liriknya menasihatkan kita supaya cuba untuk berserah kepada Allah setelah berikhtiar sedaya upaya. (3.5/5)


2) Akan Ku Jumpa - Azfar
(Lagu: Isma Yusoof/Pam Yuen & Lirik: Isma Yusoof)

Sebuah lagi lagu tema, iaitu lagu tema bagi siri drama Syurgamu Ramadhan yang disiarkan bulan Ramadhan yang lepas menerusi slot Samarinda di TV3. Masih ingat lagi drama ini?Susunan muzik lagu ni memang menepati mood drama tersebut. Satu lagi lagu sentimental yang disulam dengan alunan irama etnik. Liriknya berkisar tentang perjalanan mencari erti cinta yang sebenar. (3/5)


3) Bersua Denganmu - Nur One
(Lagu: Hafiz Hamidun & Lirik: Nur One/Hafiz Hamidun)

Lagu ini juga dimuatkan dalam album pertama kumpulan Nur One, Kau Terhebat yang telah berada di pasaran baru-baru ini. Susunan muzik lagu ni agak sederhana, tidak terlalu perlahan dan tidak terlalu laju. Kumpulan ini juga banyak bermain dengan vokal memandangkan julat (range) vokal mereka yang agak berbeza. Lagu ini didedikasikan kepada misi bantuan kemanusiaan ke Gaza yang sentiasa menghadapi masalah dan cabaran (Hafiz Hamidun, 2010). (3/5)


4) Suara Azan - Fitri Haris
(Lagu & Lirik: Hafiz Hamidun)
Lagu ini berjaya menguji kekuatan vokal Fitri (bekas anggota UNIC). Kini tampil solo, suara gemersiknya masih terserlah. Namun, menyanyi secara solo adalah lebih susah berbanding secara berkumpulan. Susunan muzik dalam lagu ini bertepatan dengan mood yang hendak ditampilkan. Mengisahkan tentang azan yang mengajak kita supaya meninggalkan segala urusan kita untuk bersolat. (4.5/5)


5) Selalunya - Zaidan
(Lagu & Lirik: Hafiz Hamidun)

Lagu seterusnya juga adalah ciptaan sepenuhnya oleh Hafiz Hamidun. Mesej yang dibawa lagu ini adalah kita, seringkali melupakan Allah. Apabila kita berada dalam kesusahan dan kepayahan, barulah kita teringat kepada-Nya. (3.5/5)


6) Ayah - Soufies
(Lagu: Hafiz Hamidun & Lirik: Fedtri Yahya)

Mengisahkan kesedihan seorang anak, setelah ayahnya pergi meninggalkan dirinya. Ada sedikit unsur rock dari segi vokal dan susunan muzik. (3/5)


7) Menanti Solehah - Aiman
(Lagu: Hafiz Hamidun & Lirik: Fedtri Yahya)
Sebuah lagi gabungan Hafiz dan Ahmad Fedtri Yahya. Ahmad Fedtri Yahya, nampaknya sudah bertemu dengan solehah yang dinantikan beliau. Beliau dikhabarkan akan berkahwin hujung Mei 2011 ini dengan gadis dari Pasir Mas, Kelantan. Berbalik kepada lagu ini, seperti lagu nasyid cinta seperti biasa, yang mengharapkan calon terbaik sebagai isteri setelah kecewa melanda diri. Susunan muzik yang agak upbeat. (3/5)


8) Kerana Doa - Nowseeheart
(Lagu: Azahari Nowseeheart & Lirik: Habsah Hassan)
Kemunculan semula Nowseeheart setelah menyepi kira-kira 5 tahun. Nowseeheart masih lagi kekal dengan identiti mereka sebagaimana lagu-lagu mereka terdahulu. Vokal Azahari masih lagi mantap seperti biasa. (4.5/5)


9) Ku Yakin Berlaku - Aidil feat. Hafiz Hamidun
(Lagu: Hafiz Hamidun & Lirik: Ad Samad)

Sebuah lagi lagu tema drama, kali ini lagu bagi drama Ku Yakin Berlaku yang disiarkan di Astro Oasis tak lama dulu. Seperti lagu Cuba, lagu ini bermula agak perlahan namun bertukar sedikit rancak di penghujung lagu. Liriknya seperti menyatakan kepastian penulis lirik untuk bertemu dengan cinta yang dicari pada akhirnya. (4/5)


10) Ratu Hati - Nur One
(Lagu & Lirik: Asyraf Nur One)

Lirik lagu ini berkisar tentang kasih seorang anak kepada ibu. Sempena Hari Ibu yang baru berlalu, lagu ini boleh didedikasikan kepada ibu kita. Susunan muzik yang sederhana, dan sebuah lagi lagu balada dengar solo gitar akustik. Lagu ini juga dimuatkan dalam album penuh Nur One. (3.5/5)


11) Mistik Cinta - Iris Duo feat. Ikram Mirwana
(Lagu & Lirik: Ammar Hamka/Bonai)

Lagu yang lebih kepada irama akustik dengan campuran sentuhan moden dan tradisional. Satu pembaharuan yang menarik. Lagu ini mengisahkan kehebatan cinta dan rintangan serta kebahagiaan yang dicari. (4/5)


12) Cinta Terakhir - Aiman
(Lagu & Lirik: Hafiz Hamidun)
Lagu ini sudah biasa dijadikan lagu tema drama-drama di televisyen. Sebelum ini, lagu ini juga sudah dimuatkan dalam album pertama Aiman yang merupakan Naib Juara Akademi Nasyid TV9 yang disiarkan beberapa tahun lepas. Lagu hit yang bermain dengan vokal Aiman yang boleh dikatakan unik dan juga susunan muzik yang mantap. Segalanya ketentuan Tuhan. (4.5/5)

6 comments:

chanz said...

okay aku try dgr lagu yg ko bagi rateing >4~

Din_diet said...

dengar semua la bro.haha

cik Lea said...

hafiz hamidun dh makin hebat
aku suka cover album neh menarik

Din_diet said...

yep.hafiz hamidun makin hebat.ada lagi 2 album grup baru yg dia nak publish.

aWeQcUn said...

semua da dengar..... i likeee....

Din_diet said...

@aweqcun

:)