Saturday, November 12, 2011

Oh Artis! Bintang K-Pop Dibunuh!!

Gempar! Bintang K-Pop Terkenal Dibunuh?


Seo Yoon Hyung

Seoul, 12 November - Bintang K-Pop terkenal, Seo Yoon Hyung daripada kumpulan idol VOICE ditemui mati secara mengejut sewaktu konsert mega kumpulan VOICE malam tadi. Kematian beliau ini telah menggemparkan seluruh Korea terutamanya peminat-peminat beliau yang nyata terkejut dengan kejadian itu.

Sebelum kejadian malam tadi, Seo Yoon Hyung sempat menyampaikan beberapa buah lagu bersama kumpulan beliau sebelum konsert berhenti rehat. Kehilangan beliau mula disedari setelah beliau tidak muncul di pentas apabila konsert bersambung. Kakitangan konsert yang kemudiannya bergegas mencari Seo Yoon Hyung di sekitar kawasan dewan menemui mayat mendiang di bilik persalinan dewan konsert. Juruhias mendiang ialah orang pertama yang menemui mayat Seo Yoon Hyung. Berita kematian mengejut ini telah menimbulkan kelam kabut dalam kalangan peminat yang hadir di konsert itu.

Seo Yoon Hyung dan ahli lain kumpulan VOICE

Proses bedah siasat mayat mendiang Seo Yoon Hyung juga tidak sunyi daripada kontroversi. Walaupun keputusan rasmi menunjukkan mangsa mati akibat keracunan sianida, satu lagi bedah siasat yang dijalankan sebelum itu memberi kesimpulan bahawa mangsa mati akibat sesak nafas kerana dicekik. Pihak berkuasa forensik Korea (NFS) bagaimanapun menolak keputusan awal tersebut kerana terdapat pencabulan dalam prosedur bedah siasat mayat mangsa. Pakar forensik yang terlibat dalam peringkat awal bedah siasat juga telah diambil tindakan tatatertib kerana tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

gambar eksklusif - saat akhir si mati

Seluruh Korea sekali lagi dikejutkan apabila juruhias mendiang Seo Yoon Hyung mengaku bahawa beliau yang membunuh Seo Yoon Hyung dengan meracuni beliau. Juruhias terbabit, Lee Soo Jung yang menyerah diri kepada polis akan dibicarakan atas tuduhan membunuh bintang idol K-Pop itu.

Terdapat khabar angin yang tersebar mengatakan anak perempuan seorang ahli politik terkenal negara itu terlibat dalam kes pembunuhan Seo Yoon Hyung. Namun, tiada bukti ditemui pihak polis untuk membuktikan tuduhan ini benar. Khabar angin ini dikatakan disebarkan oleh parti pembangkang negara itu menjelang pilihan raya Presiden Korea yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Berikut adalah gambar-gambar terakhir mendiang sebelum tragedi ini berlaku. Konsert kumpulan VOICE ini telah disiarkan secara langsung di stesen televisyen Korea SBS.


Sumber: All K-Pop News & TV3 Cawangan Pyongyang.

P/s: Berita ini adalah sedutan daripada drama Korea yang bertajuk "Sign" - dibintangi oleh Park Shin Yang, Kim Ah Joong dan ramai lagi.

7 comments:

jklover501 said...

lol sungguh tajuk berita.. :p

Din_diet said...

:D

HaeGirlz said...

means? dh kena kelentong ke ni?? hiss~

chanz said...

gilakk..ada bakat jd reporter..pe kata apply jadi journalist din, ko hntr resume entri ni. lmao

Din_diet said...

@haegirlz: jangan marah~~

@chanz: lol.ini parodi semata-mata.haha.orang mmg suka eh benda sensasi camni.

Lea Isnawi said...

nyaris aku percaya!
grr

Din_diet said...

@lea: haha.jgn marah.. :D