Thursday, January 19, 2012

Demba Kuasa Dua

Salam Sejahtera.

1 Demba = 15 gol. 2 Demba = ?

Tidak ramai menjangka bahawa kemunculan Demba Ba di St James Park secara percuma (0 pound) akan membuahkan hasil lumayan kepada Newcastle United - 15 gol dalam 19 perlawanan liga. Hanya 3 gol kurang daripada Robin Van Persie yang begitu prolifik pada 2011 (mohon jangan cedera). Gol-gol Demba Ba memacu Newcastle United untuk berada di tangga ke-6 Liga Perdana Inggeris ketika ini, termasuk 11 perlawanan tanpa kalah di awal musim.

Sesungguhnya orang yang membazir itu saudara syaitan. Ini dapat dilihat dalam kes tertentu di mana pelaburan yang dibuat masih belum menunjukkan hasil yang diharapkan sehingga kini. Berapakah bilangan gol yang dijaringkan Fernando Torres (50 juta) dan Andy Caroll (35 juta) musim ini.

Aku harapkan Felda Global Ventures tidak akan mengalami nasib seperti mereka yang berharga 50 juta dan 35 juta di atas apabila mereka masuk bursa saham nanti. Semoga nasib Perwaja dijauhkan daripada mereka.



Demba Ba (vs. Manchester United)

Seolah-olah tidak cukup dengan seorang Demba, Newcastle United mengambil keputusan yang agak mengejut untuk membayar kira-kira 10 juta pound untuk seorang lagi Demba, iaitu Papiss Demba Rodney Cisse. Beliau ialah rakan senegara Demba Ba yang turut sama beraksi untuk pasukan kebangsaan Senegal.

Papiss Cisse - No.9 dari Senegal

Papiss Demba Cisse sebelum ini beraksi di Bundesliga Jerman bersama kelab SC Freiburg. Dilahirkan pada 3 Jun 1985 di Dakar, Senegal, Cisse memulakan karier bola sepaknya di negara kelahiran beliau sebelum berpindah ke kelab Perancis, Metz pada 2004.

Skil apungkan diri sambil timang bola

Kehebatan Cisse mula terserlah apabila beliau berpindah ke kelab Jerman, SC Freiburg pada hujung tahun 2009. Pada musim 2010/2011, beliau menjaringkan 22 gol dalam 32 perlawanan liga sekaligus muncul penjaring kedua terbanyak Bundesliga di belakang penyerang Bayern Munich, Mario Gomez (28 gol). Prestasi Cisse ini lebih menakjubkan memandangkan SC Freiburg adalah pasukan bawahan Bundesliga. Tamat musim lepas, beliau diiktiraf sebagai penyerang paling efisien di Jerman. Sepanjang berada di Jerman, Cisse menjaringkan 37 gol dalam 65 perlawanan.

Pada 17 Januari 2012, Papiss Cisse yang sudah lama dipantau oleh Newcastle bersetuju untuk berpindah. Beliau menandatangani kontrak 5 tahun setengah untuk menghadapi kejohanan Piala Negara-Negara Afrika. Beliau akan menyarung jersi keramat nombor 9 yang telah dipakai ramai lagenda kelab sebelum ini seperti Jackie Milburn, Malcolm McDonald dan Alan Shearer.

Bukan lagenda

Kira-kira 350 hari setelah Liverpool membayar 35 juta untuk no. 9 Newcastle sebelum ini, Andrew Carroll, akhirnya Newcastle menemui pemain yang sesuai. Papis Cisse mungkin akan mengambil masa untuk menyesuaikan diri di England, namun Demba Ba pastinya akan membantu beliau. Pastinya semua peminat Newcastle United tidak sabar menanti kombinasi dua Demba/Demba kuasa dua untuk menggegar Liga Perdana Inggeris. Kick Racism out of Football!

Howay The Lads!!

No comments: