Sunday, January 8, 2012

Terkini: Perhimpunan 901

Salam Sejahtera.


Menjelang Perhimpunan Bebas Anwar 901 anjuran pihak tertentu untuk menyatakan sokongan ke atas seorang ahli poltik terkenal yang dituduh meliwat (kali ke-2), banyak pihak bertindak menyatakan pendirian mereka.

Penyokong beliau mensasarkan 100,000 orang untuk berhimpun di sekitar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (dibenarkan polis secara bersyarat). Dijangka pemimpin sekutu serta penyokong mereka akan membanjiri ibu kota. Pihak yang menentang ahli politik tersebut juga akan mengadakan perhimpunan serupa walaupun bilangan yang bakal hadir agak diragui.




kesalahan dalam gambar: mengganggu lalu lintas

Ada juga pihak yang prihatin membuat laporan polis membantah perhimpunan yang bakal menggugat keamanan ini. Pada masa yang sama, mereka turut membuat demonstrasi ringkas dengan membawa kertas bersaiz kad manila bertulis dengan ‘marker pen white board’ ataupun bercetak dengan font bersaiz 144, Arial Black, Bold sambil melaungkan, “Kami bantah!!” dan disaksikan wakil media (jangan lupa upload gambar demo ke twitter, facebook dan juga myspace kalau tak mahu kena ludah). Kalau yang banyak tajaan mereka akan buat 'banner' yang cantik sikit.

banting mahal

Selain itu, ada pihak lain mengadakan sidang media sambil memakai topeng Saiful Bukhari bagi menyokong mangsa kerakusan nafsu ahli politik itu. Iklan Syntium akan disiarkan selepas sidang media itu.

Banting murah

Pada masa begini juga keluar hujah dari sudut agama mengenai perhimpunan seperti ini. Pada masa yang sama, sebahagian kita seakan lupa dengan kesesakan lalu lintas di sekitar KOMTAR Pulau Pinang apabila kumpulan berbaju merah (berbaju kuning bila Manchester United kalah) mengadakan perarakan jalanan apabila mereka marah dengan kerajaan cina rasis yang zalim itu.

Demo di depan Komtar, Penang
(semasa Manchester United kalah?)

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Puad Zarkashi pula memberi amaran kepada pelajar dan guru sekolah supaya jangan terlibat dengan perhimpunan itu. Sesiapa yang terlibat akan diambil tindakan tatatertib. Perhimpunan haram dan demonstrasi jalanan adalah menyalahi norma masyarakat timur yang terkenal dengan sopan santunnya. Dah puas pakcik pesan jangan tiru budaya barat yang tidak sihat ini tetapi artis kita sekarang ramai yang selamba membaratkan diri setanding orang putih.

Anak-anak muda masa depan negara

Bagaimanapun sehari dua ni pakcik kerap dengar khabar angin tentang Perhimpunan Bebas Anwar 901 (Pakcik ringkaskan sebagai Perhimpunan 901). Pakcik dengar perhimpunan ini bukan sahaja akan diadakan di kawasan tempat letak kereta Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, malah ia juga akan diadakan di sekolah-sekolah seluruh pelusuk tanah air. Adalah disyaki bahawa pihak tertentu akan menyalahgunakan pelajar sekolah yang masih mentah untuk turut sama berhimpun. Akan tetapi pakcik sedar sebelum ini ramai guru terpaksa meninggalkan kelas kerana disuruh menyambut lawatan menteri ke perasmian majlis di kawasan berdekatan.

YB Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia,
Dr Haji Mohd Puad Zarkashi

Seorang guru besar (dirahsiakan nama beliau) sebuah sekolah terkenal di ibu kota memberitahu pakcik bahawa sekolah beliau tidak akan mematuhi arahan Dr Puad itu. Beliau berkata, pelajar sekolah beliau tetap akan berhimpun pada hari Isnin ini pukul 8 pagi.

Seorang kawan pakcik yang mengajar di sebuah sekolah menengah di Perak memberitahu pakcik yang pengetua beliau juga berkeras untuk mengadakan perhimpunan besar Isnin ini pada tarikh 09.01.2012.

Pakcik nak tanya, salahkah bagi pelajar sekolah dan guru menyertai perhimpunan pada 9 Januari ini? Mari kita tanya mereka.

Pakar perundangan dari Rusia, Master Makarov menjelaskan tidak ada tindakan boleh diambil ke atas pelajar sekolah yang terlibat dalam perhimpunan haram kerana akta kolej universiti dan universiti (AUKU) yang wujud hanya tertakluk kepada pelajar kolej dan universiti sahaja. Tambah beliau lagi, jika ada undang-undang seperti ASERENSEMENSWATA sekalipun, mereka akan tetap dilindungi kerana mereka masih lagi di bawah umur.


Jamailah Zainal Kelim (bukan nama sebenar, berat badan beliau juga dirahsiakan), seorang guru sejarah berusia 30-an pula berkata perhimpunan 901 ini patut diteruskan kerana pelajar masa kini perlu mengetahui perkembangan semasa negara dan juga sekolah. Jika tidak, mereka terutamanya pelajar perempuan akan membenci politik sekaligus mereka tidak akan mendaftar sebagai pengundi apabila cukup umur 21 tahun nanti.

Najwa Latif kecewa dilabel ejen iblis

Seorang guru muzik, Sazali Kassim (bukan nama sebenar) turut menyokong perhimpunan pada 9 Januari ini. Beliau juga menyelar Kementerian Pelajaran kerana ingin mengambil tindakan tatatertib kepada guru dan pelajar yang akan menyertai perhimpunan itu. Kalau begitu, (tambah beliau lagi) kementerian juga perlu mengambil tindakan ke atas Najwa Latif kerana aktif menyanyi di tingkatan empat sedangkan Najwa harus tekun belajar demi SPM nanti. Tindakan Najwa ini seolah-olah memberitahu masyarakat bahawa Tingkatan 4 adalah tahun ‘honeymoon’. Cikgu Sazali turut menambah lagu Najwa Latif tidak sedap pun kalau dibandingkan dengan lagu Najwa Mahiadin. Apatah lagi dengan bermain gitar, Najwa Latif mungkin akan dilabel ejen iblis oleh mereka yang dengki dengan teknik Ustaz Azhar Idrus bermain gitar.


Cucu kepada Henry Gurney, Karl Henry yang pakcik temui ketika beliau melawat sekolah pemulihan Henry Gurney yang diasaskan atuk beliau berkata, pelajar yang terlibat dalam perhimpunan haram ini perlu menjalani pemulihan sahsiah di sekolah tahanan sambil ditemani guru kaunseling bertudung yang agak cantik. Guru tu sebenarnya pakai tudung ketika mengajar sahaja. Pakcik juga sempat mengingatkan sekiranya anak ni botak, anak mungkin akan popular nanti selepas tamat sekolah itu.


Penutup:
Pakcik nak tanya anak-anak ni tahu tak apa Perhimpunan 901 yang akan dijalankan di sekolah-sekolah ni? Itulah perhimpunan mingguan sekolah, yang lebih besar daripada perhimpunan harian mahupun roll call di asrama. Boleh dikatakan semua sekolah di negeri-negeri kumpulan B akan mengadakan perhimpunan mingguan Isnin ini. Negeri kumpulan A pula ada perhimpunan mingguan pada hari Ahad.


bayangan 901 di seluruh negara


Sekian.

No comments: