Saturday, January 5, 2013

Bai Bai (Dem!) Ba

Salam Sejahtera.

Demba Ba (2011)

Sudah tertulis suratan-Nya bahawa penyerang Newcastle United dan Senegal, Demba Ba akan meninggalkan 'wee club' dari timur laut England itu.



Kehadiran Juara Eropah 2012, Chelsea menawarkan peluang untuk Ba beraksi bersama salah sebuah kelab gergasi  Eropah. Dengan prestasi tidak menentu Fernando Torres dan Daniel Sturridge pula tidak digemari pengurus, Chelsea memerlukan seorang penyerang berbisa untuk memanfaatkan peluang ciptaan Juan Mata dan rakan-rakan. 

Ba, duk kat London nanti jangan tinggal solat ye!

Seperti mana yang termaktub dalam kontraknya bersama Newcastle United, Ba boleh berbincang dengan mana-mana kelab yang membuat tawaran sekurang-kurangnya 7.5 juta pound. Chelsea akhirnya mengambil peluang yang terhidang ini.

Goooooollll~

Imbas kembali, Demba Ba menyertai Newcastle United dari West Ham United pada bulan Jun 2011 secara perpindahan percuma. Musim pertama Ba di St James Park menyaksikan beliau menjaringkan 16 gol dalam 34 penampilan, walaupun kali terakhir beliau menemui sasaran musim lepas adalah pada bulan Februari. Gol daripada Ba dan rakan senegara Papiss Cisse membantu Newcastle menamatkan kempen 2011/2012 di tempat kelima.

Bagaimanapun, musim 2012/2013 setakat ini menyaksikan Newcastle bergelut di kelompok bawahan dengan pelbagai masalah kecederaan dan prestasi merudum. Tiada masalah buat Ba kerana beliau masih mampu  menjaringkan 13 gol dalam 20 perlawanan, hanya sedikit kurang berbanding Robin Van Persie dan Luis Suarez.

Demba Ba (2013)

Dengan spekulasi perpindahan yang bertiup kencang sejak pertengahan tahun lalu, akhirnya Chelsea menjadi pasukan bertuah berjaya mendapatkan khidmat penyerang Senegal itu. Ba menjadi pemain pertama Senegal beraksi untuk Chelsea dan bakal memakai jersi bernombor 29.


Selamat berjaya , Ba. Bai Bai!

"Saya menyarankan Torres agar minum sirap ini supaya kembali berbisa" 
ujar Demba Ba ketika ditemuramah TV3


Sekian.

2 comments:

chanz said...

Ba 29!!!

Din_diet said...

rembatan demba baaaaaa dan goooollll! gol! gol!

Eh, gol untuk Chelsea rupanya.
:(