Thursday, January 10, 2013

Menjelang Liga Malaysia: Liga FAM 2013

Salam Sejahtera.

Pasukan Liga FAM 2013 (dari atas mengikut arah jam): 
PBAPP Penang, Pahang Shahzan Muda SC, Tentera Darat FC. Kuantan FA, UKM FC (menarik diri), Cebagoo FC, Kedah United, Tumpat FA, Penang FA dan Melaka FA.
gambar kredit kepada facebook Liga FAM



Saingan Liga FAM, walaupun masih berstatus amatur boleh dianggap sebagai liga divisyen tiga Malaysia. Musim baru Liga FAM akan bermula Februari ini. Juara dan naib juara Liga FAM akan layak ke saingan Liga Perdana bagi tahun 2014. 

Perkembangan terkini Liga FAM boleh diketahui di sini. Antara pasukan yang terlibat musim ini:

CEBAGOO FC
Pencapaian 2012: Tiada (Penyertaan kali pertama)

Ditubuhkan pada 1991, Kelab Bola Sepak Kebagu Kota Kinabalu (atau Cebagoo FC) adalah sebuah pasukan dari Kampung Kebagu, Kota Kinabalu, Sabah. Pasukan ini menjuarai Liga Carino SAFA Bandaraya 2011/2012.

Majlis Pelancaran Cebagoo FC

KEDAH UNITED 
PERSATUAN BOLA SEPAK MELAYU KEDAH (PBMK)
Pencapaian 2012: Tiada (Penyertaan kali pertama)

Pasukan yang dinaungi oleh Persatuan Bola Sepak Melayu Kedah (PBMK) ini dikendalikan oleh sebuah syarikat swasta, Pan Empresa Sdn. Bhd. (PESB). Sebahagian besar pemain pasukan ini adalah pemain pasukan Kedah yang telah berjaya ke perlawanan akhir Piala Emas Raja-Raja 2012.

KUANTAN FA
Pencapaian 2012: Tiada 

Jelmaan lama pasukan ini pernah menjuarai Piala FAM pada 1975 dan 1977, selain naib juara pada tahun 1974 dan 1976.

MELAKA FA
Pencapaian 2012: tempat ke-7

Pasukan negeri Hang Tuah ini akan beraksi dalam Liga FAM untuk musim ketiga namun pihak pengurusan MAFA harus lebih proaktif jika ingin membawa bola sepak Melaka kembali ke tahap tertinggi.

PBAFC PENANG
Pencapaian 2012: Tempat ke-4

Pasukan PBAFC hasil gabungan pemain profesional, pemain amatur dan kakitangan Perbadanan Air Pulau Pinang (PBA) ini juga dikenali sebagai 'The Waterboys'.

Watak utama pasukan Pulau Pinang 2013 (dari kiri) Jimmy Shanley (duta pasukan), Encik Mohd Foaz (Presiden baru FAP) dan Haria (maskot pasukan). Jurulatih baru, Merzagua Abdul Razak (dua dari kanan) adalah bintang import Pulau Pinang era 90-an.

PENANG FA
Pencapaian 2012: Tempat ke-6

Pengurusan baru Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) di bawah kepimpinan Mohd Foaz Abdul Hamid sedang rancak menjalankan reformasi untuk memastikan pasukan Pulau Pinang mampu kembali ke saingan Liga Super menjelang 2015.

SHAHZAN MUDA SC
Pencapaian 2012: naib juara Liga FAM (tewas Play-Off Liga Perdana 2013)

Shahzan Muda pernah beraksi dalam Liga Perdana dari musim 2005/2006 hingga musim 2010. Mereka juga pernah muncul naib juara Liga FAM pada tahun 2005 dan 2012.

TENTERA DARAT FC
Pencapaian 2012: Tempat ke-5

Sebuah pasukan yang mewakili salah satu sayap angkatan bersenjata negara. 

Barisan pemain dan jurulatih Tumpat FA 2013

TUMPAT FA
Pencapaian 2012: Tiada (Penyertaan kali pertama)

Persatuan Bola Sepak Jajahan Tumpat (Tumpat FA) adalah salah satu ahli gabungan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA). Mereka mensasarkan kedudukan empat teratas untuk musim pertama tahun ini.


Nota (dikemaskini kali kedua 17/02/2013):
UKM FC juga dijadualkan menyertai Liga FAM 2013 namun terpaksa membatalkan hasrat mereka atas sebab-sebab tertentu. Untuk rekod, pasukan ini adalah juara Liga Bola Sepak IPT 2012.

Antara pasukan yang disebut sebagai pengganti UKM FC adalah Kelab Bola Sepak Yayasan Bina Upaya Perak (Perak YBU FC). Namun, FAM masih belum membuat sebarang pengesahan tentang perkara ini. Malah, jadual perlawanan musim 2013 juga masih belum dikeluarkan. Pasukan ini telah disahkan akan menyertai Liga FAM 2013.

Sebuah lagi pasukan baru dalam Liga FAM adalah Harimau Muda C yang terdiri daripada pemain-pemain bawah 19 tahun kebangsaan.


Oleh sebab nama penggunaan nama Kedah United tidak mendapat kebenaran FAM, maka pasukan ini terpaksa kembali menggunakan nama asalnya seperti mana yang didaftarkan iaitu Persatuan Bola Sepak Melayu Kedah (PBMK)

Dua pasukan musim lalu, Johor Melodi Jaya FC dan SDM Navy Kepala Batas tidak lagi bersaing dalam Liga FAM 2013.

Jadi, secara keseluruhannya 11 pasukan akan bersaing dalam Liga FAM 2013. Juara dan Naib Juara Liga akan dinaikkan ke saingan Liga Perdana bagi tahun 2014.

Sekian.

2 comments:

pena rozie said...

Tumpat fc 1st time dengar

Din_diet said...

team baru dari Tumpat.

Ex-kelate Che Hishamuddin Hassan dgn Sharudy Aziz akan main utk team ni.