Saingan Liga Premier 2013 akan bermula 7 Januari ini. Dengan kehadiran 12 pasukan dalam liga tahun ini, saingan dijangka sengit dengan tiket ke Liga Super dan kelayakan ke Piala Malaysia 2013 menjadi taruhan. Pasukan-pasukan negeri yang diturunkan dari Liga Super pastinya akan cuba menebus kehampaan mereka musim ini. Namun, pasukan berstatus kelab pasti tidak akan memberi laluan mudah.
Hanya juara dan naib juara Liga Premier sahaja akan dinaikkan ke Liga Super untuk musim 2014. Dua pasukan terbawah pula akan diturunkan ke Liga FAM musim 2014. Dalam pada itu, empat pasukan terbaik Liga Premier akan layak ke Piala Malaysia. Pasukan tempat ke-5 juga mungkin berpeluang layak jika menewaskan pasukan terbawah Liga Super.
Apa cerita pasukan bertanding kali ini?
Apa cerita pasukan bertanding kali ini?
JOHOR FA
Pencapaian 2012: tempat ke-4
Jurulatih: Azmi Mohamed
Import: Andre Francisco William (Brazil), Muniel Juan Orlando (Argentina)
Pasukan 'abang' ini akan dibayangi oleh Darul Takzim FC yang sarat dengan pemain bintang namun ini nampaknya bukan masalah buat anak buah Azmi Mohamed. Dengan reputasi pasukan Harimau Selatan sebenar menjadi taruhan, mereka pasti mahu memberikan yang terbaik untuk meneruskan kebangkitan bola sepak Johor.
Anak Nelson Sam Martin ni mesti kecik2 lagi dah pandai cakap Latin.
Tengok telenovela tak payah guna sarikata.
KEDAH FA
Pencapaian 2012: tempat ke-12 Liga Super (tewas Play-Off Liga Super)
Jurulatih: Marijo Tot (Croatia)
Import: Chayene Santos (Brazil) dan Nelson Sam Martin (Chile)
Dengan barisan pemain seperti Baddrol Bakhtiar, Khyril Muhymeen dan Akmal Rizal Rakhli, Kedah seharusnya dianggap antara pasukan pilihan musim ini. Jika pemain kembali beraksi cemerlang di padang dan pengurusan pula mengelakkan masalah di luar padang, mereka pasti berupaya menebus kehampaan musim lalu.
KUALA LUMPUR FA
Pencapaian 2012: tempat ke-14 Liga Super (tersingkir ke Liga Premier)
Jurulatih: Stanislav Lievkosky (Slovakia)
Import: -
Segalanya serba tidak menjadi dalam musim 2012 bagi pasukan ini. Mereka juga hampir menarik diri dari Liga Perdana 2013 akibat kekurangan sumber kewangan. Suntikan kehadiran jurulatih dan penaja baru bagaimanapun menaikkan semula semangat Kuala Lumpur untuk sekali lagi mengejar kegemilangan.
Pencapaian 2012: tempat ke-10
Jurulatih: Azuan Zain
Import: Thomas Chovanec (Slovakia), Hillary Echesa (Kenya)
Tanpa sebab yang jelas, pasukan ini secara tiba-tiba tidak dibenarkan beraksi dalam Liga Malaysia 2013. Keputusan ini bagaimanapun ditarik balik oleh FAM. Setelah mencatat keputusan sederhana sepanjang 2012, Juara Liga FAM 2010 ini pasti mengharapkan aksi lebih baik dalam musim kedua mereka di Liga Premier.
PDRM FA
Pencapaian 2012: tempat ke-5
Jurulatih: R Nalathamby
Import: Kaye Edrisar (Uganda), Mohamadou Sumareh (Gambia)
PDRM mensasarkan untuk layak ke Piala Malaysia 2013, selepas terlepas edisi 2012 dengan ketinggalan 3 mata di belakang Johor. Penyerang import Kaye Edrisar yang beraksi untuk Kelab USM FC musim lalu disambar untuk memperkuat jentera serangan bersama penjaring terbanyak Liga Perdana 2012, Khairul Izuan Abdullah.
PERLIS FA
Pencapaian 2012: tempat ke-11
Jurulatih: Yunus Alif
Import: Emmanuel Okine dan Danny Antwi (Nigeria)
Skuad Singa Utara yang dibayangi pelbagai masalah musim lalu perlu beraksi lebih baik tahun ini jika ingin memberi saingan dalam Liga Perdana. Sepatutnya mereka beraksi dalam Liga FAM 2013 tetapi penarikan diri beberapa pasukan membuka peluang kedua buat mereka.
POS MALAYSIA FC
Pencapaian 2012: tempat ke-7
Jurulatih: G Torairaju
Import: -
Pos Malaysia telah beraksi dalam Liga Premier sejak tahun 2010. Sudah pasti mereka mahu membaiki pencapaian tempat ke-9 pada tahun 2011 dan tempat ke-7 tahun lalu.
David McCreery dari Ireland Utara pernah beraksi bersama
Manchester United, QPR dan Newcastle United.
SABAH FA
Pencapaian 2012: tempat ke-13 Liga Super (tewas play-off Liga Super)
Jurulatih: David McCreery
Import: Koh Traore (Ivory Coast), Rhys Weston (Wales)
Sabahawks membawa masuk beberapa pemain baru seperti Syamsuri Mustaffa dan Shahril Faizal untuk bergandingan dengan tonggak tempatan seperti Shahrudin Yakub dan Zainizam Marjan. Sentuhan jurulatih baru David McCreery diharapkan mampu membantu Sabah melupakan mimpi ngeri mereka musim lalu.
SARAWAK FA
Pencapaian 2012: tempat ke-11 Liga Super (tewas play-off Liga Super)
Jurulatih: Robert Alberts
Import: Guy Bwele (Cameroon) dan Ivan Babic (Croatia)
Skuad Bujang Senang turut memasang impian untuk kembali ke Liga Super. Kembalinya Joseph Kalang Tie bersama pasukan akan menaikkan semangat Ngap Sayot untuk tidak menghampakan khalayak penonton di Stadium Negeri Sarawak.
Pencapaian 2012: tempat ke-3
Jurulatih: Ismail Zakaria
Import: Karlo Primerac dan Goran Perak (Croatia)
Kehadiran pemain berpengalaman seperti Juzaili Samion, Fadzli Saari dan Khairi Zainudin membuatkan finalis Piala FA 2012 ini lebih optimis tentang peluang mereka untuk layak ke Liga Super 2014.
SPA PUTRAJAYA FC
Pencapaian 2012: Juara Liga FAM
Jurulatih: Mohd Shah Norbit
Import: -
Pendatang baharu Liga Premier ini pernah mara ke peringkat suku akhir Piala FA musim lalu. Presiden kelab, Datuk Ramli Juhari yakin pasukan itu mampu layak ke Piala Malaysia. Mereka diperkuatkan dengan kehadiran bekas kapten Kuala Lumpur, Aslam Najmudden dan Arsyah Ayob.
Pencapaian 2012: tempat ke-3 Liga FAM (dinaikkan ke Liga Perdana)
Jurulatih: Azman Eusoff
Import: -
Pasukan institut pengajian tinggi ini dianggotai oleh mahasiswa UiTM mensasarkan untuk kekal dalam saingan Liga Premier 2014 selain mencari pengalaman berharga dalam saingan yang jauh lebih kompetitif.
Nota:
Beberapa pasukan yang beraksi dalam Liga Premier 2012 telah mengumumkan penarikan diri daripada kejohanan musim 2013. Antaranya Kelab Sukan Staf USM (USM FC) yang menduduki tempat ke-6 musim lalu dan pasukan tempat ke-9 Majlis Perbandaran Muar (MP Muar FC) .
Majlis Bandaraya Johor Bahru (Johor MBJB FC) yang menduduki tempat tercorot Liga Premier musim lepas tersingkir ke Liga FAM dan turut menarik diri.
Harimau Muda B (tempat ke-8) tidak lagi akan beraksi dalam Liga Malaysia. Mereka dijangka akan menyertai Liga S (Liga Singapura) sebagai pengganti Harimau Muda A bimbingan Ong Kim Swee.
Perlis (tempat ke-11) sepatutnya turun beraksi dalam Liga FAM namun diselamatkan berikutan penarikan diri pasukan-pasukan di atas.
UiTM FC (tempat ke-3 Liga FAM) ditawarkan beraksi dalam Liga Premier selepas NS Betaria disingkirkan secara mengejut. Namun, keputusan ini dibatalkan dan kedua-dua pasukan ini akan beraksi dalam Luga Premier 2013.
Sekian.
No comments:
Post a Comment