Sunday, July 20, 2014

Album Nasyid Terbaru di Pasaran #1

Salam Sejahtera.

Rasanya sudah lama blog ini terbiar tanpa sebarang entri yang tidak mengarut. Jadi sempena bulan Ramadhan ini ada baiknya juga kalau kita cuba memerhatikan album-album nasyid terbaru yang sedang berada di pasaran.

Amar - Cinta Hingga Ke Syurga

Lagu-lagu popular Amar seperti Cebisan Kenangan, Nurul Iman dan Amani 
yang diberi nafas baru turut disenaraikan dalam album ini

Amar yang kali terakhir merakamkan album pada tahun 2007 kembali dengan album terbaru yang memuatkan dua 'single' terkini beliau, Cinta Hingga Ke Syurga dan Macam Cantik Jer Macam Comel Jer. 



Hafiz Hamidun - Zikir Terapi Diri 3

Tidak mustahil Zikir Terapi Diri 4 akan muncul tahun depan

Setelah dua edisi album Zikir Terapi Diri yang diterbitkan sebelum ini mendapat sambutan hangat, Hafiz Hamidun menampilkan sekali lagi sebuah album zikir untuk tahun ketiga berturut-turut.

Lah Ahmad - Jalan Untuk Kembali

Agak silau di situ

Hayati persembahan Lah Ahmad menerusi album solonya Jalan Untuk Kembali yang memuatkan lagu seperti Salam. Album ini diedarkan oleh Inteam Records.

Artis Pelbagai - Satu Suara Satu Kalimah

Antara lagu-lagu dalam album ini

Syarikat Media Asia Productions mengambil inisiatif untuk menerbitkan sebuah album nasyid/ketuhanan dengan menggabungkan penyanyi-penyanyi seperti Luqman Hakim, Sham Bard, Ejoey, Burn Ali dan ramai lagi dalam satu album. 

Imam Muda Nazrul & Imam Muda Fakhrul - Warkah Cinta

Ikon

Dua tokoh Imam Muda kita bergabung dalam album terbitan UNIC Records ini. Album ini memuatkan lagu seperti Warkah Cinta dan Selalu Bersama yang pernah tersenarai dalam Carta Ikim sebelum ini.

Simfoni - Mencari Cinta Hakiki

Foto daripada Kedai Nasyid Online

Kumpulan nasyid yang berasal dari Kedah ini telah merakamkan album sulung mereka bersama UNIC Records. Dapatkan album mereka di pasaran sekarang dengan hanya RM 19.90.

Vast - Variasi Alunan Satu Tujuan
Dapatkan album sulung kumpulan Vast yang memuatkan lagu seperti Penasaran dan Taubatku di SINI


Farid Sanullah - Don't Forget Allah

Wajah yang pasti memikat hati ramai gadis di luar sana

Penyanyi yang popular dengan lagu Don't Forget Allah ini akhirnya tampil dengan album sulung beliau yang mengambil masa kira-kira dua tahun untuk disiapkan. 

Anda juga boleh mendapatkan album-album nasyid & zikir pilihan anda di SINI.

#Pray4Gaza

4 comments:

Lea IsNawi said...

Lah ahmad nyanyi lagu nasyid lak?

Din_diet said...

yup.

hakim sanji said...

Lah Ahmad sejak Almawlid lagi kan.. Nice info bro. Teruskan update entri macam ni.

Din_diet said...

yup. baiklah tuan!