Salam Sejahtera.
Semasa Carta Ikim.fm bersiaran beberapa bulan yang lalu, DJ Erwan pernah mengumumkan bahawa pihak Ikim.fm akan memberikan sebuah 'hadiah istimewa' kepada para peminat. Beberapa minggu kemudian, Carta Ikim.fm Musim Keenam berhenti disiarkan setelah memasuki minggu ke-75 pada 26 Jun 2014 yang lalu.
Pengumuman pihak Ikim.fm pada 15 Oktober 2014 merungkai segala persoalan tentang 'hadiah istimewa' tersebut. Akhirnya, selepas menanti selama hampir sepuluh tahun, Anugerah Carta Nasyid Ikim.fm kembali menemui anda!
Logo baru Anugerah Nasyid Ikim.fm (ANI)
Kini diberi nama sebagai Anugerah Nasyid Ikim.fm (ANI), acara ini akan dilangsungkan pada 10 Januari 2015 di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC). Acara ini dijangka akan disiarkan secara langsung menerusi Ikim.fm dan stesen televisyen Al-Hijrah.
Bagi pihak Ikim.fm yang muncul antara pengamal media yang paling banyak mendokong industri nasyid Malaysia, penganjuran acara ini sangat wajar untuk memberi pengiktirafan terhadap karyawan nasyid dan ketuhanan tanah air di samping memartabatkan industri nasyid ke tahap yang lebih tinggi.
Anugerah Carta Nasyid Ikim.fm kali terakhir diadakan pada tahun 2005
Menyingkap sejarah penganjuran Anugerah Carta Nasyid Ikim.fm (ACNI), anugerah ini pernah dianjurkan sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2004 dan 2005. ACNI hampir dilangsungkan untuk kali ketiga sekitar hujung tahun 2007 atau awal tahun 2008, namun akhirnya acara itu sepi tanpa sebarang berita setelah senarai 10 lagu yang layak ke peringkat akhir diumumkan. Walaupun tanpa sebarang penganjuran ACNI, Carta Nasyid Ikim.fm tetap diteruskan bersama penyampai bertugas DJ Erwan untuk musim keempat daripada tahun 2008 hingga 2011, musim kelima (2012) dan musim keenam (2013-2014). Mulai tahun 2012, Carta Nasyid Ikim.fm telah ditukar namanya kepada Carta Ikim manakala skop lagu-lagu yang terpilih turut diperluaskan mencakupi lagu-lagu berunsur ketuhanan dan kemanusiaan termasuk yang disampaikan oleh artis bukan nasyid.
DJ Erwan terus mengendalikan slot Carta Ikim sehingga kini.
Sebanyak 30 lagu telah disenarai pendek untuk peringkat saringan Anugerah Nasyid Ikim.fm (ANI) kali ini. Lagu-lagu yang terpilih adalah merupakan hasil undian peminat sepanjang musim keenam Carta Ikim yang berlangsung daripada Januari 2013 hingga Jun 2014. Pada peringkat ini, barisan juri profesional akan menentukan 10 buah lagu terbaik yang akan layak ke malam kemuncak ANI pada 10 Januari 2015. Senarai awal 30 lagu memperlihatkan variasi dari segi artis dan genre yang terpilih.
Berikut adalah senarai 30 lagu yang terpilih ke peringkat saringan ANI:
(1) AdaMu - Najwa Latif
(2) Aku Yang Berdosa - Shahir
(3) Al-Haq... Yang Satu - Mawi feat. Dato' AC Mizal
(4) Bintang Syurga - Raqib Majid feat. UNIC
(5) Bukan Milik Kita - 6ixth Sense
(6) Cahaya Seluruh Alam - Almawlid
(7) Cinta Hakiki - Fitri Haris feat. Mospaeda
(8) Cukup Kau Untukku - Naim Helmi
(9) Dalam Sujud Cintaku - Halim Ahmad
(10) Ikramul Kareem - IM Hassan, IM Jabbar, IM Hafiz, IM Naufal & UNIC
(11) Iman & Aman - Inteam
(12) Istighfar - Saujana
(13) Jodoh Berdua - Hafiz Hamidun
(14) Kasih - Mestica feat. Dakmie
(15) Kasih Padamu - Hafiz Hamidun
(16) Kau Ditakdirkan Untukku - Edcoustic feat. Inteam & Suhaimi Saad
(17) La Tahzan - Heliza Helmi
(18) Laungan Cinta - Voice of Men
(19) Maafkan Aku - Nowseeheart
(20) Macam Cantik Jer Macam Comel Jer - Amar
(21) Maha Suci Allah - UNIC feat. Amir Almawlid
(22) Rindu Ini - Du'a feat. Ustaz Amal, Alkautsar, Anas Tahir & Azfar
(23) Rindukan Cahaya - Muadz
(24) Sahabat - Najwa Latif feat. Syamkamarul & Sleeq
(25) Seiring Sehaluan - UNIC
(26) Syahadah Rabaah - Fetya
(27) Tangis Sebatang Tamar - Daqmie
(28) Tolong Ampunkan - Suhaimi Saad feat. Amir Kaslam
(29) Ucaplah Alhamdulillah - Amir Kaslam
(30) Warkah Cinta - IM Nazrul feat. UNIC
Apa komen anda tentang lagu-lagu terpilih?
No comments:
Post a Comment