Monday, January 24, 2011

Cari Lagu Motivasi?

Salam Sejahtera.

Anda tiada motivasi? tiada semangat untuk buat sesuatu? Sebab lama sangat dah aku duk fokus lagu2 asing, sekarang aku nak cadangkan lagu2 bergenre motivasi untuk korang dengar masa korang tak ada semangat.

Kategori: Nasyid




1. Titik Ajaib (Saujana, 2009)

Lagu ini dipetik dari album terbaru Saujana. Tapi bahagian korus dia cam familiar sikit. Sila bandingkan dengan lagu Kekasih - Nowseeheart. Hanya kebetulan sahaja.








2. Inspirasi (Rast, 2005)

Rast dah tak ada.Tapi lagu ni masih best kalau korang dengar sekali sekala. Paling aku suka lagu ni part korus dia.Ulang lagi dan lagi.haha







3. Menuju Wawasan (UNIC, 2010)

Lagu lama dirakam semula. Dijadikan lagu tema oleh Festival Kelestarian Islam ke-13 di USMKK (atau nama lamanya Minggu Penghayatan Islam).







4. Always Be There (Maher Zain, 2010)

Ramai orang minat Insha Allah dan For the Rest of My Life. Tapi aku lebih suka lagu ni. He'll always be there.








5. Langkah Tercipta (UNIC, 2009)

Lagu hit jugak dari album kompilasi UNIC. Aku ada buat video klip lagu ni lama dulu, tapi tak pernah disebarkan di mana2 laman web. Nak tengok? Dalam laptop aku ada..hehe








6. Camar Kelukaan (Saff-One, 2005)

Nice ballad. Lama sudah ku tak dengar mereka. Bagaimana camar yang luka itu? Sudah sembuh?









7. Rahmat Ujian (Mestica, 2005)

Lagu ni ada maksud yang dalam. Pada aku la. Aku selalu karok kat bilik lagu ni masa kat matrik dulu.haha. Setiap ujian tu pasti ada rahmatnya. Terimalah dengan hati terbuka.ok?





8. Kehidupan (Inteam feat. Nazrey Johani, 2006)

Masih ingat lagi? Album pertama Inteam selepas mengalami transformasi.

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada Tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu.. pasti cerah kembali


P/S:
Idea entri ini datang semasa aku hampir zzz di meja. Tiba-tiba lagu Titik Ajaib terpasang. Aku pun terjaga. Tambahan pula tadi hari yang agak kurang memberangsangkan. Motivasikan diri anda sendiri!

Nak link lagu? Cari sendiri eh. Malas nak letak.haha

2 comments:

Lea Isnawi said...

wah bagus!
cube promote lagu nasyid baru lak.
aku donlod...hehe

Din_diet said...

lagu baru? x sempat nk g usha lagi album2 baru.haha

nanti free2 sikit kot.