Thursday, January 27, 2011

Apa Itu Cuti Pertengahan Semester?

Salam Sejahtera.

Setelah lebih sebulan semester 2 dibuka, maka mulai esok Jumaat (28/01/2011) atau Sabtu (29/01/2011) cuti pertengahan semester akan bermula selama seminggu.

Selamat Tahun Baru kepada semua masyarakat Cina di Malaysia! awal sikit pun tak apa.

Namun bagi aku, tahun ini aku tidak bercuti seperti pelajar lain. Sebabnya aku saja nak bagi peluang kepada orang2 lain untuk kembali ke kampung halaman mereka..biarlah aku tinggal di sini. Lagipun tiket kapal terbang untuk balik ke Newcastle-upon-Tyne, England mahal harganya.habis la duit biasiswa aku. Nak balik ke kampung abang angkat aku di Argentina (Javier Mascherano) lagilah jauh. Tambahan pula di sana, tidak ada cuti tahun baru Cina seperti di Malaysia.

oh.kampungku tidak cuti tahun baru cina~~

Percaya? Jangan..aku wat lolok jah tu..hehe.Yang sebenarnya, kami selaku mahasiswa tahun 4 program Sains Kesihatan (Dietetik) di USM Kampus Kesihatan Kubang Kerian akan meneruskan 'karier' kami di hospital masing-masing minggu depan. Kami hanya cuti pada hari perayaan tahun baru Cina (03/02/2011 - 05/02/2011). Bagi mereka di luar Kelantan dan Kedah, cutinya ditambah sehari. Nampaknya kami sedang menyiapkan diri untuk menjadi pegawai dietetik yang bertauliah dan kompeten, jadi kami harus berkelakuan seperti orang bekerja makan gaji (makan nasi sebenarnya). Sudah lima minggu kami berkelana di hospital2 seluruh Malaysia. Lagi lima minggu.Cepat kan?

Bagi mereka yang ingin pulang ke kampung halaman, pulanglah. Jangan lupa pandu cermat, tunggang selamat dan naiklah bas ekspres dengan penuh doa dan tawakkal. Dan pastinya mereka berbangsa Cina sangat gembira kerana hari perayaan mereka sudah hampir tiba.. Semua ahli keluarga akan berkumpul untuk mengacau dodol dan memasang bunga api dan mercun (tak pernah dengar lagi budak2 cina putus jari atau tangan sebab main mercun). Upacara makan besar ambang tahun baru pastinya ditunggu-tunggu mereka!

Realiti atau fantasi?

Kita juga patut sangat bersyukur kerana negara kita berbilang bangsa dan keturunan lalu kita mendapat peluang cuti umum yang lebih banyak berbanding negara satu jenis kumpulan etnik. Perhatikan apabila cuti Tahun Baru Cina, orang Melayu juga pulang ke kampung halaman. Cuti Deepavali, orang Melayu juga balik kampung. Cuti Krismas pun orang Melayu balik kampung jua. Pendek kata, semua cuti perayaan pun orang Melayu balik. Kalau di Malaysia ini ada keturunan Yahudi asli (bukan celup cam geng Apco) atau Red Indian pun kita akan balik cuti masa perayaan mereka. (Nota: Memerkasakan ikatan rakyat Malingsia ini lebih baik daripada memecahkan ikatan kimia air reverse osmosis yang mesinnya mampu memproses air sebanyak lebih kurang 1 liter untuk 50 sen)

ah.transforme.. lagi.terduduk aku dibuatnya.

Bagi coursemate aku dari kalangan Cina, diharapkan supaya hospital di tempat masing-masing dapat memberikan pelepasan awal kepada mereka pada hari Rabu minggu depan ini, supaya mereka dapat pulang ke kampung masing-masing untuk upacara tradisi mereka (makan besar di ambang tahun baru). Kata 1 Malaysia. Inilah masa untuk kita turut saranan Perdana Menteri kita yang tak jemu dengan transformasi-transformasinya sehingga Shia Labeouf pun terasa bosan dengar perkataan transformasi.

Selamat bercuti.

p/s: Kredit kepada Javier Mascherano, Mohd Najib Abdul Razak dan Shia Labeouf diatas kesudian mereka membiarkan nama mereka disebut dalam artikel ni. ;)

3 comments:

chanz said...

so much for cuti huh

Lea Isnawi said...

selamat bercuti..

eh ko cuti ker? :P

Din_diet said...

chanz: most likely a rant.

lea: eh.ada..ada. haha ;)