Sunday, January 30, 2011

Dan Pemenangnya adalah..

Salam Sejahtera.

Hujung minggu ni, Sabtu (29/01/2011) dan Ahad (30/01/2011) banyak pertarungan hebat telah terjadi. Mari kita lihat siapa yang kena.

Menang

Kelantan
Juara Piala Sumbangsih 2011 menewaskan Selangor yang berlatih pra musim di Australia. Kemah Datuk K! Gomo Kelate Gomo!!
P/S: penyokong kelate, bo la lepa bedil nyo pahni.mene kaloh lepa belako puok2 ni.


Manchester United
Bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan Southampton 2-1 dalam perlawanan Piala FA pusingan ke-4. Gol hasil jaringan Michael Owen dan Javier Hernandez.


Novak Djokovic
Juara Perseorangan Lelaki Tenis Terbuka Australia 2010 menewaskan Andy Murray pada perlawanan akhir. Roger Federer dan Rafael Nadal, sila jangan bersedih hati.


Lin Dan
Juara Terbuka Korea 2011. Sekali lagi Datuk Lee Chong Wei tewas.
Aku terfikir satu cara untuk kalahkan Lin Dan. suruh dia lawan tenis dengan Roger Federer!


Andrea Guardini
pelumba pasukan merampas kembali jersi biru raja pecut daripada pelumba negara, Anuar Manan hari ini selepas menang peringkat ke-7 dari Banting ke Tampin. Anuar Manan mewakili pasukan Terengganu Pro Asia Cycling Team (TSG). TSG setakat ni lebih memang cemerlang daripada pasukan kebangsaan Malaysia yang hanyut mendengar lagu Faizal Tahir.


Dan..Terbaru, segar dari ladang

Azahar Ibrahim (BN)
menang pilihan raya kecil DUN Tenang Johor, mengalahkan calon Pas Normala Sudirman dengan majoriti 3,707 undi.
P/s: Lepas ni kasi itu perut kuruss. jumpa dietitian untuk pengurusan berat badan. Tak sempat? Dr Rozmey ada..dia boleh tolong kot.kalau tak nanti ada lagi pilihan raya kecil..hehehe


Akan Kalah

Istimewa bahagian ini ditujukan khas kepada..

Hosni Mubarak (Hosni Murtabak Gelek)
Presiden Mesir yang berkuasa sejak 30 tahun lepas, sekutu kuat Israel yang sama-sama menindas penduduk Gaza dengan membina tembok menghalang terowong bawah tanah di sempadan atas alasan ia digunakan untuk menyeludup senjata. Lebih Israel dari Israel sendiri. Apakah akan tumbang dia ini? Tumbangkan dia...

(p/s: jangan apa-apakan pelajar Malaysia di Mesir, kalau tidak, datuk ahmad zahid hamidi akan bawa kapal selam ATM (gulp!) ke Mesir untuk menyerang Piramid Giza. Seterusnya Firaun akan keluar dari makamnya seperti dalam filem The Mummy dan menjadi pemerintah Mesir.)

No comments: