Monday, February 7, 2011

Newcastle United 4 Arsenal 4

Salam Sejahtera

Kejutan demi kejutan dan pesta gol telah berlangsung semalam dalam Liga Perdana Inggeris. Dan yang paling menarik, adalah perlawanan antara Newcastle United dan Arsenal yang berkesudahan 4-4. Mari kita perincikan keputusan ini. Kebangkitan yang paling menakjubkan setelah Newcastle ketinggalan 0-4 setelah tamat separuh masa pertama.

Mari kita lihat apa yang jadi.

NUFC: Harper, Simpson, Williamson, Coloccini, Jose Enrique, Nolan(c), Tiote, Barton, Gutierrez, Best (Guthrie 89'), Lovenkrands (Ranger 73').
Gantian: Krul, Perch, Campbell, Ferguson, Guthrie, Ranger, Richardson
Kad kuning: Nolan, Enrique

Arsenal: Szczesny, Sagna, Koscielny, Djourou (Squillaci 48'), Clichy, Diaby, Wilshere, Fabregas(c), Arshavin (Rosicky 69'), Walcott (Eboue 79'), Van Persie.
Gantian: Almunia, Gibbs, Eboue, Squillaci, Rosicky, Chamakh, Bendtner
Kad kuning: Szczeny, Sagna, Eboue
Kad merah: Diaby 50'

Perlawanan dimulakan.

Newcastle United 0 Arsenal 1
Walcott 1'

Theo Walcott menjaringkan gol pertama Arsenal seawal minit pertama.


Newcastle United 0 Arsenal 2
Djourou 3'jam menunjukkan 2 minit 45 saat.
Johan Djorou menanduk masuk sepakan percuma Arshavin untuk 2-0.


Newcastle United 0 Arsenal 3
Van Persie 10'

Robin Van Persie meraikan gol ketiga Arsenal selepas 10 minit.
Newcastle jadi lauk Arsenal hari ni?


Newcastle United 0 Arsenal 4
Van Persie 26'Van Persie dengan gol kedua peribadi, gol keempat Arsenal.
Newcastle akan kalah teruk...aku pun turut berkata demikian.
Penyokong yang hilang sabar terus balik. Tak bisa menunggu lagi.


Tamat Separuh Masa
Newcastle United 0 Arsenal 4

Pemain dan penyokong dilanda kekecewaan. Apakah sebenarnya terjadi ni??


Separuh Masa Kedua

Aku tak berharap apa-apa pun semalam. Cuma aku harap supaya Arsenal tak tambah gol je.
Sehingga ini terjadi, mengubah suasana permainan. Minit ke-50.


Abou Diaby mengasari Joey Barton dan Kevin Nolan.
Diaby kelihatan berang selepas dikasari Barton, dan menolak Barton jatuh selepas itu, diikuti tolakan ke atas Nolan.


Tindakan pengadil? Kad merah.. Arsenal beraksi 10 pemain.
Masih ok lagi, kami masih 4-0 di depan - mungkin ini kata-kata Arsenal.
Namun Newcastle mengambil alih penguasaan permainan, melancarkan serangan bertali arus.


Newcastle United 1 Arsenal 4
Barton 68' (penalti)

Leon Best dikasari dalam kotak penalti oleh Laurent Koscielny. Pengadil menghadiahkan penalti. yang disempurnakan Joey Barton.
Mungkin sebagai saguhati?


Newcastle United 2 Arsenal 4
Best 75'Leon Best meraikan jaringan bersama Nile Ranger.
2-4. Masih sempat diselamatkan?
Sebelum itu, satu jaringan Best dibatalkan kerana ofsaid. Walaupun tidak ofsaid.


Newcastle United 3 Arsenal 4

Barton 83' (penalti)Joey Barton menyempurnakan sepakan penalti kali kedua.
Kali ini, Williamson pula dikasari oleh Rosicky dalam kotak penalti.
Stadium mula riuh. Gol keempat kini dicari.


Newcastle United 4 Arsenal 4
Tiote 87'
Hasil sepakan percuma Barton yang dikeluarkan oleh pertahanan Arsenal, namun sampai kepada Cheik Tiote yang melepaskan sepakan voli yang cantik, menewaskan Szczesny untuk gol keempat. Goooollll!!!!


Reaksi Alan Pardew (pengurus) selepas gol ke-4.

Pemain Newcastle meraikan jaringan Tiote


Tamat Perlawanan
Newcastle United 4 Arsenal 4

Satu perlawanan yang sangat menarik dan mendebarkan. Jika Kevin Nolan dan Nile Ranger menyempurnakan peluang mereka, mungkin Newcastle akan menang.

Namun, beberapa isu yang diperkatakan, terutamanya oleh penyokong Arsenal yang bersikap kebudak-budakan dalam isu ini. Jika ada masa untuk salahkan pengadil, anda harus ada masa untuk kutuk pemain anda yang seperti kena ngangkung dalam separuh masa kedua.

Fabregas dan kawan2 hilang dalam ramai di separuh masa kedua


Isu-isu berbangkit:
1) Tackle Barton - Reaksi Diaby - Kad Merah

Penyokong Arsenal mengatakan bahawa cabaran Barton ke atas Diaby sepatutnya dikenakan kad merah.

Reaksi aku: Diaby sangat2 tak profesional. Barton berjaya mendapatkan bola sebenarnya! Tackle yang sah (sebelah kaki) walaupun agak keras. Mungkin dia nak Barton dihalau keluar tapi tak jadi sebab Barton tak bertindak balas seperti dulu2. Tolak Nolan lagi memang konfem la dapat merah, (2 kesalahan).

Gol Best yang dibatalkan

2) Penalti Newcastle dan sepakan percuma gol ke-4
Penyokong Arsenal mengatakan sepatutnya tiada penalti yang patut diberikan. Sepakan percuma gol ke-4 pun tak sepatutnya diberikan.

Reaksi aku: Penalti pertama memang patut diberi. penalti kedua agak lembut (Mike Williamson) tetapi Newcastle ada satu gol Leon Best yang dibatalkan atas 'ofsaid'. Korang tak nampak kah Guners?

3) Nolan dan Szczesny
Nolan kelihatan seperti mencekik Szczesny dan patut diberikan kad merah - penyokong Arsenal. Insiden selepas penalti pertama Barton.

Reaksi: Nolan cekik eh. mungkin. tapi Szczesny tak bagi bola yang diminta terlebih dahulu secara elok2 oleh Barton. Memang patut pun. Nolan pun kena kad kuning jugak.

Nolan: bak sini itu bola!

4) Penyokong balik awal dan pengadil kena beli
selepas 4-0, sebahagian 'penyokong' pulang. Mungkin kerana menganggap Newcastle akan kalah teruk. Penyokong seperti ini, hanya menyokong pasukan apabila menang. Apabila kalah, mereka akan lari. Tahniah kepada penyokong-penyokong yang setia tak berganjak walaupun dah kena tembak 4-0 dalam masa 26 minit.

Ganjarannya? 'The Greatest ever comeback in Premier League History, trailing by four goals to score back four.'

Adakah Mike Ashley membayar pengadil Phil Dowd untuk memberikan keputusan memihak Newcastle semalam? duit 35 juta pound jualan Andy Carroll? Tidaklah.

Apapun, semalam hari terbaik untuk penyokong-penyokong Newcastle United. Ketahanan mental dan semangat perjuangan mereka harus kita contohi! haha. Arsenal, selagi anda terus menangis apabila kena buli, sampai bila pun anda takkan menjadi juara. Bangkitlah melawan! Perjalanan masih jauh..

2 comments:

chanz said...

haha tembak sama gunners!!!

Din_diet said...

gunners kena bom! penyokong2 dia masih x puas hati lg.hahaha.