Saturday, August 13, 2011

Prebiu Liga Perdana Inggeris 2011/2012 #2

Salam Sejahtera.

Bagi pengurus-pengurus bola sepak yang memiliki pasukan di Liga Fantasi EPL, ini masanya untuk membentuk pasukan bagi cabaran musim baru. Antara liga fantasi EPL yang menjadi tumpuan boleh diakses adalah di sini dan di aplikasi Football Premier League di Facebook.


Ini pula, sambungan dari artikel lepas. Layann..





Mike Ashley - Toon Army menanti 35 juta

NEWCASTLE UNITED

Harapan peminat pemilik kelab Mike Ashley untuk melabur wang hasil jualan Andy Carroll untuk mengukuhkan pasukan masih belum kesampaian. Bagaimanapun, perpindahan Kevin Nolan dan spekulasi menyelubungi Joey Barton dan Jose Enrique mungkin sedikit sebanyak menjejaskan Magpies.

Tonggak Utama: Fabricio Coloccini, Joey Barton, Hatem Ben Arfa
Kuda Hitam: Yohan Cabaye
Bakat Harapan: Sammy Ameobi

Apa lagi diperlukan: Pertahanan dan penyerang berkaliber
Sasaran: Mengintai 10 terbaik


Norwich City - tempat ke-17 adalah kejayaan

NORWICH CITY

Barisan Paul Lambert melompat divisyen untuk kali kedua berturut-turut. Mereka berharap untuk memberi saingan dalam Liga Perdana Inggeris setelah kali terakhir berada di EPL pada tahun 2004.

Tonggak Utama: Grant Holt, Steve Morison, Leon Britton
Kuda Hitam: James Vaughan
Bakat Harapan: Korey Smith

Apa lagi diperlukan: James Vaughan kekal cergas
Sasaran: Kekal dalam Liga


Bola Sepak dan Formula 1 tidak sama

QUEENS PARK RANGERS

Pengurus Neil Warnock berjaya menghabiskan satu musim penuh bersama kelab milik taikun Formula 1, Bernie Ecclestone dan Flavio Briatore. Adel Taraabt dan rakan sepasukan perlu menunjukkan prestasi terbaik untuk pasukan ini bersaing di peringkat tertinggi.

Tonggak Utama: Adel Taraabt, Shaun Derry, DJ Campbell
Kuda Hitam: Jay Bothroyd
Bakat Harapan: -

Apa lagi diperlukan: Pemilik kelab melaburkan wang untuk pemain berkualiti
Sasaran: Kekal dalam Liga


Rory Delap: juara bola beracun sedunia


STOKE CITY

Stoke berpeluang mengembara ke Eropah dalam Liga Europa setelah cemerlang dalam Piala FA musim lalu. Musim ini Stoke menjangka akan mampu mara lebih jauh ke depan.

Tonggak Utama: Robert Huth, Rory Delap, Matthew Etherington
Kuda Hitam: Jonathan Woodgate
Bakat Harapan: -

Apa lagi diperlukan: Skuad yang mampu menghadapi kempen Liga danEropah
Sasaran: Kedudukan liga yang stabil


Asamoah Gyan bukan sekadar sehati berdansa

SUNDERLAND

Bos Sunderland, Steve Bruce menyusun semula pasukan dengan gabungan pemain berpengalaman dan prospek baru seperti John O' Shea, Wes Brown, Sebastian Larsson dan Connor Wickham. Sunderland perlu mengatasi masalah konsistensi yang membelenggu pasukan musim lepas.

Tonggak Utama: Asamoah Gyan, Phil Bardsley, Lee Cattermole
Kuda Hitam: John O' Shea
Bakat Harapan: Connor Wickham

Apa lagi diperlukan: Pemain-pemain baru menyesuaikan diri dan beraksi sebaik mungkin
Sasaran: Mengintai 10 terbaik


Scott Sinclair - bekas prospek Chelsea

SWANSEA CITY

Sebuah lagi kelab yang baru dinaikkan, dan kelab pertama dari Wales beraksi di EPL. Pertahanan Swansea adalah antara terbaik dalam Liga Kejuaraan musim lalu tetapi EPL adalah pentas yang berbeza sama sekali.

Tonggak Utama: Scott Sinclair, Garry Monk, Danny Graham
Kuda Hitam: Wayne Routledge
Bakat Harapan: Steven Caulker

Apa lagi diperlukan: Menjaringkan gol sebanyak mungkin dan pertahanan yang baik
Sasaran: Kekal dalam liga


menuju puncak kejayaan sekali lagi

TOTTENHAM HOTSPUR

Setelah terlepas peluang beraksi dalam Liga Juara-Juara, Spurs sekali lagi akan mencuba untuk kedudukan empat teratas. Peluang mereka bergantung kepada kemampuan Roman Pavluchenko dan Jermaine Defoe menjaringkan gol.

Tonggak Utama: Rafael Van Der Vaart, Gareth Bale, Luka Modric
Kuda Hitam: Niko Kranjcar
Bakat Harapan: Kyle Walker

Apa lagi diperlukan: Penyerang prolifik & Ledley King cergas
Sasaran: Tempat Liga Juara-Juara, mara sejauh mungkin dalam Liga Europa


sekali lagi bergantung kepada Peter Odemwingie

WEST BROMWICH ALBION

Roy Hodgson akan meneruskan usaha memulihkan reputasi beliau yang tercalar teruk di Liverpool. Baggies akan berusaha bersaing sekali lagi dalam Liga Perdana dengan pertahanan yang lebih kukuh.

Tonggak Utama: Peter Odemwingie, Chris Brunt, Ben Foster
Kuda Hitam: Somen Tchoyi
Bakat Harapan: James Hurst

Apa lagi diperlukan: Pertahanan yang lebih baik, Gol dari Peter Odemwingie dan Shane Long
Sasaran: Mengintai 10 terbaik


Hugo Rodallega bersedia kekal di Wigan


WIGAN ATHLETIC

Kehilangan Charles N'Zogbia akan sukar untuk diganti. Roberto Martinez akan berharap pemain-pemainnya beraksi sebaik mungkin dalam setiap perlawanan.

Tonggak Utama: Antolin Alcaraz, Hugo Rodallega, Ali Al Habsi
Kuda Hitam: James McCarthy
Bakat Harapan: Victor Moses

Apa lagi diperlukan: Pertahanan yang baik dan penyerang yang bagus
Sasaran: Kekal dalam liga


Wolves memburu berkumpulan

WOLVERHAMPTON WANDERERS

Barisan Mick McCarthy sekali lagi berjuang untuk kekal dalam Liga Perdana. Aksi tidak konsisten menjadi masalah Wolves musim lalu yang perlu diatasi musim ini.

Tonggak Utama: Jamie O'Hara, Kevin Doyle, Roger Johnson
Kuda Hitam: Stephen Hunt
Bakat Harapan: Sam Vokes

Apa lagi diperlukan: Konsistensi, pertahanan dan serangan yang mantap
Sasaran: Kekal dalam liga


Dan juga sempena bulan puasa, jangan lupa untuk menunaikan solat Isyak dan sunat terawih sebelum menonton bola sepak..


2 comments:

chanz said...

huhu ada sambungan. ko maen fantasy gak eh...join league pe..?

Din_diet said...

ada..aku main gak.

app Premier League Fantasy Football kat facebook.

website yg aku bg tu ada gak.

aku join league kelate fan, toon army & liga yg marwan punya.