Tuesday, May 31, 2011

Review Album: Devotees - Berjalan Tanpa Henti

Salam Sejahtera

Kini giliran kumpulan Devotees pula tampil dengan album terbaru mereka. Album kali ini diberi tajuk “Berjalan Tanpa Henti”. Ini adalah album penuh kedua Devotees dan album ketiga Devotees secara keseluruhannya. Album penuh pertama Devotees – Devotees dirakamkan pada tahun 2005 dengan lagu-lagu hit seperti Tika Dinihari, Mahar Cinta dan Sahabatku. Album seterusnya adalah Alternatif Hiburan Bermotivasi pada tahun 2007. Album kali ini lebih berkonsepkan ke arah kemanusiaan.


Untuk album kali ini, semua anggota Devotees, Adi Akmal, Abd Halim, Muhammad dan Shauqi bertindak sebagai penerbit album. Terdapat 9 trek dalam album ini. Senarai lagu dalam album:

1) Berjalan Tanpa Henti
2) Bersama
3) Hadirnya S.A.W
4) Selagi Hayatmu Di Sini
5) Don't Walk Away
6) Harapan feat. Salleh Brotherz
7) Rindu Kedamaian
8) Bersama (versi akustik)
9) Bersama (minus one)


Berikut adalah ulasan lagu-lagu dalam album.

Thursday, May 19, 2011

Review Album: UNIC - Hijrah

Salam Sejahtera.

Kali ni aku nak membuat 'review' bagi album terbaru UNIC yang diberi tajuk 'Hijrah'. Kini berada di pasaran. Album kali ini dihasilkan dengan kolaborasi bersama oleh UNIC dan syarikat HPA.



Album Hijrah ini adalah album ketujuh UNIC, menyusul setelah album You and I See (2001), See You di IPT (2003), Satu Tekad (2005), Tika Itu (2007) dan kompilasi Langkah Tercipta (2009). UNIC juga pernah merakamkan album Nur Muhammad (2010) yang mengandungi lagu-lagu dan selawat bersama kumpulan Inteam. Kini UNIC dianggotai oleh Bazli, Fadzli dan Fakhrul Radhi. Untuk maklumat lanjut tentang UNIC anda bolehlah ke laman web ini.

Sunday, May 15, 2011

Review Album: 12 Cinta - Cinta Ilahi Cinta Insani


Salam Sejahtera

Dah lama aku tak buat review album. Jadi sebab sekarang dah cuti dan blog aku pun lama dah x update, baik aku ulas pasal album ni. Sebelum tu, terima kasih kepada Kedai Nasyeed Online kerana membekalkan album ini kepada aku.

Album ini memuatkan lagu-lagu yang berkisar dengan cinta dalam skop yang lebih luas, bukan terhad hanya kepada cinta kekasih. Cinta Ilahi - cinta kepada Tuhan dan Cinta Insani - cinta kepada manusia amnya.

Album keluaran syarikat Artefffects Production ni (Syarikat Hafiz Hamidun) ini merupakan album kompilasi yang menggabungkan beberapa kumpulan nasyid dan artis solo, dipasarkan di pasaran pertengahan tahun lepas. Kebanyakan lagu dalam album ini adalah ciptaan Hafiz Hamidun sendiri. Berikut adalah lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini.

Thursday, May 5, 2011

Carta HYLI 2010: Top 20

Salam Sejahtera.

Berikut pula adalah keputusan bagi 20 lagu terbaik dalam carta tahun lepas. Boleh baca entri untuk keputusan carta secara bulanan melalui link2 di bawah.

Selamat menonton.



Carta HYLI 2010

Wednesday, May 4, 2011

Carta HYLI April 2011

Salam Sejahtera

Kali ni, keputusan untuk bulan April. Selamat menonton video yang tak seberapa ni.

Bulan ini carta menampilkan lagu-lagu dari kumpulan Arashi, BEAST, CN Blue, Devotees, EXILE, FLOW, FT Island, In Heart, KAT-TUN, Nowseeheart & UVERworld.