Wednesday, December 22, 2010

Carta HYLI November 2010

Salam Sejahtera.

Akhirnya sampai ke edisi terkini carta HYLI. Untuk keputusan bulan Disember, insyaAllah akan disiarkan pada hujung bulan ini nanti.

10) Ft – Funkist (Okt: 8)


Lagu ini, memang bertajuk Ft. Mungkin merujuk pada Fairy Tail. Bukan ft = featuring ye.
Harap maklum.


9) Ku Yakin Berlaku – Aidil (lagu baru)


Kumpulan Aidil adalah penjenamaan semula kepada kumpulan Ideal yang popular dengan lagu Sembahyang satu masa dulu. Kini, dengan ahli baru dan konsep baru, kumpulan Aidil kembali. Lagu ini dimuatkan dalam album kompilasi 12 Cinta: Cinta Ilahi Cinta Insani yang kini berada di pasaran.


8) Menyesal – Sixth Sense (lagu baru)


Lagu tema drama Asmara yang disiarkan di TV3. Petikan album terbaru Sixth Sense, +-x÷.


7) One Day – The Rootless (lagu baru)


Lagu daripada band The Rootless ini adalah lagu pembukaan ke-13 siri animasi One Piece. Lagu tema untuk pertarungan di Marineford antara kumpulan lanun Whitebeard dengan Marin.
One piece of rock?


6) Sign – FLOW (Jun: 1, Jul: 1, Ogos: 1, Sep: 2, Okt: 1)


Juara 4 kali, Sign nyanyian FLOW jatuh ke tempat ke-6 bulan ini. Mungkin sempena bulan keenam dalam carta.


5) Manifestasi Cinta – Fiq feat. Mirwana
(Kemasukan semula. Julai: 8, Ogos: 10 dan September: 7)


Setelah terkeluar pada bulan Oktober, Fiq dan Mirwana kembali memanifestasikan cinta mereka bulan ini. Lagu ini turut melangkah ke separuh akhir Muzik Muzik 25.


4) Rain – YUI (lagu baru)


Setelah beberapa bulan tanpa lagu YUI dalam carta ini, akhirnya single terbaru YUI kembali menembusi carta. Rain dijadikan lagu untuk siri drama Jepun, Perfect Report.


3) Aman – Far East (Jul: 6, Ogos: 3, Sep: 5, Okt: 4)


Bulan kelima dalam carta.


2) I Do It – Stereopony (Okt: 7)


Versi Stereopony dan versi YUI untuk lagu ini hanya berbeza dari segi pembawaan vokal. Namun versi Stereopony pun tak kurang hebatnya.


1) Nurul Iman – Rabbani (Sep: 8, Okt: 3)



Lagu nasyid pertama memecah dominasi lagu-lagu Jepun untuk menjadi juara bulanan dalam carta HYLI tahun ini. Tahniah. Mampukah kedudukan ini dipertahankan? Sama-sama kita tunggu.


Lagu Terkeluar
Kembara (Saujana, ke-9) dan Snow Fairy (Funkist, ke-10) hanya bertahan sebulan dalam carta.

Lagu Tika Masanya (Mirwana feat Hujan) hanya sempat berada 2 bulan dalam carta (ke-3 September dan ke-2 Oktober).

Rain - SID (ke-6 Ogos, ke-4 September dan ke-6 Oktober) dan Blue Bird oleh Ikimono-gakari (ke-2 Ogos, juara September dan ke-5 Oktober) dikeluarkan setelah 3 bulan dalam carta.

No comments: