Monday, December 13, 2010

Carta HYLI Jun 2010

Salam Sejahtera

Fuh.keputusan bulan Jun.

10) Sakura Rock – Cherryblossom (Mei: 3)


Lagu ini jatuh ke tempat ke-10 bulan ni. Aiyak.


9) Patah Hati – Saujana (Feb: 7, Mac: 4, Apr: 3, Mei: 5)


Terus bertahan dalam carta untuk bulan kelima berturut-turut walaupun turun ke tempat ke-9 untuk bulan Jun. Jangan patah hati ye.


8) Colors of the Heart – UVERworld (lagu baru)


Lagu dari band UVERworld, yang popular dengan lagu pembukaan D-technolife untuk siri animasi Bleach. Lagu ini adalah lagu tema kepada siri animasi Blood+, yang diinspirasikan daripada filem animasi Blood: The Last Vampire (2000, diikuti adaptasi filem pada 2009).


7) Days – FLOW (Jan: 1, Feb: 1, Mac: 3, Apr: 6, Mei: 7)


Lagu Days terus tersenarai dalam carta untuk bulan keenam berturut-turut. Kekal di tempat yang sama seperti bulan sebelumnya. Untuk bulan seterusnya?


6) I'll Be – YUI (lagu baru)


Satu lagi single YUI berjaya menembusi carta. Single tahun 2008 ini boleh dimasukkan dalam kategori lagu motivasi.


5) Sinar Pasti Ada - Azhan Atan (lagu baru)


Lagu ini asalnya bertajuk Segalanya Pasti, yang dipersembahkan oleh Azhan Atan sewaktu pertandingan akhir Akademi Nasyid TV9 pada 2008 yang lalu. Lagu ini kemudian dimuatkan dalam album pertama Azhan, Ku Milik Mu.


4) Tsukiakari no Michishirube – Stereopony (Mac: 1, Apr: 1, Mei: 1)


Oops. Juara untuk tiga bulan lepas dah turun ke tempat keempat. Lagu ini dimuatkan dalam album penuh kedua Stereopony, Over The Border pada tahun lepas. Dan lagu ini masih lagi lebih menyerlah kalau dibandingkan dengan lagu lain dalam album tersebut. Gemersik vokal Aimi.


3) Hero's Comeback – Nobodyknows (lagu baru)


Nobodyknows. Memang nama kumpulan ni. Lagu pembukaan pertama untuk siri Naruto Shippuuden. Secara ringkas, lagu ni adalah lagu rap.
Three, two, one, make some noise!


2) Mahabbah – Rabbani (Mei: 4)


Lagu daripada kumplan Rabbani yang mengisahkan cinta yang sebenarnya. Untuk bulan Jun, lagu ni bergelar naib juara.


1) Sign – FLOW (lagu baru)

Akhirnya, pada bulan Jun, carta HYLI mempunyai sebuah lagu baru yang memasuki carta dan terus bergelar sebagai juara. Sebuah lagi lagu dari kumpulan FLOW yang diangkat sebagai lagu pembukaan ke-6 untuk siri animasi Naruto Shippuuden. Selamat mendengar.


Lagu Terkeluar
Dua lagi lagu YUI menemui nasib yang sama seperti bulan lepas, terkeluar setelah sebulan dalam carta iaitu lagu Laugh Away (ke-9) dan I Remember You (ke-2). Untuk bulan kedua berturut-turut, naib juara bulan sebelumnya terkeluar daripada carta.

Lagu-lagu ini pula terkeluar setelah dua bulan dalam carta.
Selamat Malam - Faizal Tahir (ke-9 April & Mei)
Bicara Hatiku - NICE (ke-10, ke-8)
Shunkan Sentimental - SCANDAL (ke-8, ke-6)

Jumpa lagi.

No comments: