Oleh sebab ada permintaan daripada lea untuk blogger2 usm dan lain2 untuk buat biodata pasal diri masing-masing, kali ni tuan punya blog ini akan membongkar identiti beliau. Walaupun agak lambat sedikit. Maaf ye.
Nama Penuh:
M Izzuddin Bin M Z
Nama Panggilan:
Din (situasi umum, kawan2 dan termasuk dr hamid & dr foo),
Izzuddin (khusus, formal cikgu2 dan lecturer2), judin (sekolah dulu), abe (rumah), Mascherano/Mascheradin (masa main bola), din_diet (sendiri bikin), din_iz (nama entah apa2)
Butir Kelahiran:
29 Februari 1988, HUSM Kubang Kerian 6.05 pagi.
Umur: 22 tahun dah
Status: Bujang tapi tak berapa senang
Tempat Tinggal: Kota Bharu (Newcastle of Malaysia)
Sejarah Pendidikan: USM (2007-2011)
Sekarang sedang mengaji di Kampus Kesihatan USM, Kubang Kerian. Kursus Dietetik di bawah PPSK.
Kolej Matrikulasi Pahang (KmpH) (2006-2007)
Sempat juga tinggal di Gambang, Kuantan, Pahang. Banyak kenangan manis semasa menjadi pelajar KmpH (kolej matrikulasi paling laju di Malaysia).
SMK Dato’ Ahmad Maher (2001-2005)
SMK Dato’ Ahmad Maher. Antara sekolah harian terbaik di Kelantan. Masa PMR dapat 9A. Masa SPM merudum sikit sebelum…. :D. terima kasih kepada semua cikgu-cikgu aku dulu.
SK Sultan Ismail 2 (1995-2000)
Sekolah rendah ni sekolah budak2 lelaki sahaja. Aku sempat sekolah petang setahun, masa darjah tiga.
Taski Taman At-Tarbiah (1993-1994)
Belajar ABC dan alif ba ta di tadika yang letaknya selang 1 rumah daripada rumah aku. Sekarang dah tutup sebab tak ada pelajar.
Aku suka..

1) Buka internet sambil berjangkit dari satu laman web ke laman web lain.
2) Main dan tengok (tonton) bola, fantasi dan juga realiti. Fantasi maksudnya main game bola (FIFA, PES dll). Realiti bermaksud turun padang. Futsal pun ok. Tapi dah lama tak ada orang ajak main futsal..
3) Berjalan-jalan. Jauh berjalan luas pandangan kan.
4) Buat keputusan pakai gerak hati. Bahaya jugak ni.
5) Dengar lagu. Tak kisah genre apa. Biasanya nasyid dan lagu-lagu anime Jepun. Nasyid untuk mencari ketenangan. Lagu-lagu genre lain untuk karok habis.
6) Newcastle United sejak 1996. Howay the lads! Gomo kelate gomo!
7) Meronda kafe-kafe di hostel kalau tak sibuk. Jangan tanya untuk apa.
8) Sedut cerita, tapi tak semestinya aku tengok cerita itu.
9) Kumpul jersi. Sekarang baru taraf replika. Mungkin kalau dah kerja nanti aku akan kumpul jersi asli, terutamanya Newcastle United.
10) Baca manga. Sekarang sedang baca One Piece, Fairy Tail, Naruto, Katekyo Hitman Reborn dan Bleach. Watak kegemaran Roronoa Zoro (One Piece), Hibari Kyoya (KHR) dan Hiruma Youichi (Eyeshield 21).
11) Berbual-bual dengan pakcik makcik. Dapat tingkatkan kemahiran komunikasi dan tingkatkan vokab bahasa kelate.
12) Tolong orang tapi tak nak tipu orang.
13) Buku? Aku bukan taraf ulat dah sekarang..
14) Makanan? Apa saja, janji halalan toyyiba.
Aku tak suka..
1) 'Stuck' masa buat kerja. Kalau dah tepu aku akan cepat2 tukar kerja lain.
2) Orang kacau aku masa aku tengah khusyuk buat sesuatu benda, terutamanya kalau hal tak penting (self defined). Kalau orang minta tolong tak apa, aku akan tolong setakat termampu.
3) Kalau sangat stress aku takkan boleh buat apa2 pada hari itu sehingga esok.
4) Tidur petang. Entah kenapa. Mungkin sebab tak biasa. Kalau tidur petang tu maknanya aku tak ada kerja ataupun sangat letih.
5) Bergaduh. Susah nak berbaik semula. Memang susah. Kecuali kalau gaduh dengan adik aku. Air dicincang takkan putus le.
Trivia:
1) Nama aku akan disalah eja dalam 80% keadaan. Contoh ejaan salah: Izudin, Izzudin, Izuddin. Sila, pastikan nama saya dieja MUHAMMAD IZZUDDIN ye. Double z dan double d ok.
2) Aku masih belum jumpa walau seorang pun (lelaki atau perempuan) yang sama tarikh lahir dengan aku sampai sekarang.
3) Sejak sekolah menengah, mana-mana tempat aku pergi mesti aku akan pernah jadi ketua termasuk kelas, persatuan, tutorial dan kursus. Tapi banyak aku rasa jadi ketua tak guna.
4) Sepanjang belajar selama 15-16 tahun, aku Cuma belajar di luar Kelantan 1 tahun je. Kuantan adalah bandar yang bagus untuk diterokai.
5) Pernah mengurus Newcastle United, dalam Championship Manager 2007. Semasa aku jadi pengurus, Newcastle dah jadi antara kelab paling ‘power’ di Eropah. Menang EPL, FA Cup, League Cup, Champions League dan Piala Kelab Dunia. Lol. Sekarang sedang mengurus Kelantan dalam Football Manager 2009. Sekarang dah masuk musim 2016.
6) Boleh stay up sampai 3-4 pagi. Bergantung pada keazaman (willpower) atau Nescafe. Kalau sangat2 mengantuk akan tidur sangat awal (11.30-12.00 malam).
7) Spek aku start pakai 2006 walaupun dah lama rabun.
8) Kenangan manis: Bahasa Arab 2001-2003, Perkhemahan Perdana 2005, SPM 2005, KmpH 2006-2007, Kuantan, MPI 11 2009, Pondok Pasir Tumboh 2009, KSK 2009, Dapur HUSM 2010 dan lain2.
9) Kenangan pahit: tak mahu ingat. Usah dikenang masa lalu. Ambillah pengajaran. Belajarlah dari kesilapan lalu. :)
4 comments:
trivia no 1,2 dan 3 tu amat menarik.......
hehehe.......
betul2..
no1 - aku xtau nak buat cmna dah.haha
no2 - ko tlg carikan leh?
no3 - aku xnak jadi ketua dah..huhu
panjangnya..haha..menarik2
wah2...ko suka karok jugak? :P
menarik? haha..
ak karok dlm bilik air je.
Post a Comment