Sunday, December 19, 2010

Carta HYLI September 2010

Salam Sejahtera

Untuk bulan September, kembali pada format asal.Tak pe kan?

10) Tanpa Agama – Rabbani (Ogos: 4)
Apa akan jadi kalau manusia tanpa agama?

9) Colors – FLOW (kemasukan semula. Jan: 3, Feb: 5)


Lagu Colors daripada kumpulan FLOW menjadi lagu pertama kembali ke dalam carta HYLI selepas terkeluar sejak bulan Mac lepas.


8) Nurul Iman – Rabbani (lagu baru)


Lagu Nurul Iman daripada album terbaru Rabbani, Mahabbah tersenarai dalam carta buat kali pertama.

7) Manifestasi Cinta – Fiq feat. Mirwana (Jul: 8, Ogos: 10)
Manifestasi cinta Fiq dan Mirwana diteruskan untuk bulan ketiga berturut-turut.

6) 88 – LM.C (lagu baru)


Lagu daripada kumpulan LM.C merupakan lagu pembukaan ke-4 untuk siri animasi Katekyo Hitman Reborn. Aku rasa lagu ni adalah lagu terbaik daripada semua lagu pembukaan anime ini.


5) Aman – Far East (Jul: 6, Ogos: 3)
Lagu Aman daripada Far East kekal dalam carta untuk bulan ketiga berturut-turut. Secara peribadi aku lebih suka lagu ini daripada lagu hit album ini, Saat Lafaz Sakinah.

4) Rain – SID (Ogos: 6)


Lagu siri animasi Full Metal Alchemist Brotherhood ini mengukuhkan kedudukan dalam carta.


3) Tika Masanya – Mirwana feat.Hujan (lagu baru)


Mirwana meneruskan revolusi mereka dengan lagu ini yang dimuatkan dalam album terbaru Mirwana, Bumi Akhir Usia. Lagu duet Mirwana dan kumpulan Hujan ini menekankan tentang kepentingan bersolat.

2) Sign – FLOW (Jun: 1, Julai: 1, Ogos: 1)
Oh. Setelah 3 bulan bergelar juara, akhirnya lagu FLOW ini jatuh ke tangga kedua. Tak sempat memecahkan rekod juara. Hoho

1) Blue Bird – Ikimono-gakari (Ogos: 2)



Bulan kedua dalam carta, tempat kedua bulan lepas. Bulan September sebagai juara. Susunan muzik dalam lagu ini menggabungkan elemen klasik dan moden.
Aoi, aoi, ano sora (to that blue, blue sky).


Lagu Terkeluar

Empat lagu terkeluar.
Dua lagu
terkeluar selepas sebulan dalam carta.
Sandaran Harapan - Castury dan Azwan Far East (ke-5)
Pergi Saat Indah - Aiman (ke-9)

Mahabbah
Lagu Mahabbah daripada kumpulan Rabbani terkeluar setelah berada selama 4 bulan dalam carta (ke-4 Mei, ke-2 Jun, ke-4 Julai dan ke-8 Ogos).

Days


8 bulan
, iaitu sejak carta ini diwujudkan. Sepanjang berada dalam carta, lagu ini berjaya dua kali sebagai juara (Januari dan Februari), ke-3 pada Mac, ke-6 April, ke-7 pada bulan Mei dan Jun diikuti ke-2 pada bulan Julai dan ke-7 sekali lagi pada bulan Ogos.

No comments: