Tuesday, December 21, 2010

Carta HYLI Oktober 2010

Salam Sejahtera.

Harap korang dapat bersabar ye.

10) Snow Fairy – Funkist (lagu baru)
Lagu pembukaan pertama untuk siri anime Fairy Tail. Ada persamaan mood dengan lagu Drawing Days (Splay); lagu tema pertama untuk siri anime Katekyo Hitman Reborn.
Mood riang ria sebelum pertarungan yang mencabar berlaku.

9) Kembara – Saujana (lagu baru)
Elemen gitar akustik (kot) yang kuat dalam lagu ni. Tapi masih sempat berzikir.
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar, Hasbiyallah..

8) Ft – Funkist (lagu baru)


Satu lagi lagu Funkist untuk siri anime Fairy Tail, sebagai lagu pembukaan ke-3. Mood lagu ni? Pertarungan. Menggabungkan banyak elemen termasuk rap, moden dan tradisional(?).


7) I Do It – Stereopony (lagu baru)


Lagu ketiga Stereopony memecah masuk carta selepas Tsukiakari no Michishirube dan Namida no Mukou.

6) Rain – SID (Ogos: 6, September: 4)
Lagu SID yang bertajuk hujan ini kekal dalam carta untuk bulan ketiga.

5) Blue Bird – Ikimono-gakari (Ogos: 2, September: 1)


Juara bulan September tergelincir ke tempat ke-5 untuk bulan Oktober ini.

4) Aman – Far East (Julai: 6, Ogos: 3, September: 5)
Terus bertahan dalam carta, untuk bulan keempat.

3) Nurul Iman – Rabbani (September: 8)


Lagu tema untuk siri drama Nurul Iman yang disiarkan di TV2 baru-baru ini melonjak ke tempat ketiga.


2) Tika Masanya – Mirwana feat. Hujan (September: 3)
Tika masanya
Ku bertemu denganNya
Tiba saatnya ku serahkan segala
Pastinya ku kan terus melangkah, menuju cintaNya

Lagu ini juga dicalonkan di carta Hot 30 di Hot FM.

1) Sign – FLOW (Jun: 1, Julai: 1, Ogos: 1, September: 2)



Sign kembali ke takhta sebagai juara carta HYLI untuk kali ke-4.
Rekod bilangan kejuaraan, mengatasi Tsukiakari no Michishirube yang menjuarai carta 3 kali sebelum ini.


Lagu Terkeluar
4 lagu terkeluar.
Colors (FLOW) hanya bertahan sebulan setelah kembali disenaraikan (ke-9).
88 (LM.C) juga terkeluar (ke-6).

Tanpa Agama (Rabbani) berada dua bulan dalam carta (ke-4 Ogos dan ke-10 September).

Manifestasi Cinta Fiq dan Mirwana terhenti setakat ini. 3 bulan dalam carta (Julai: 8, Ogos: 10 dan September: 7).

No comments: