Wednesday, December 8, 2010

Carta HYLI Februari 2010

Salam Sejahtera.

Lama pula tak ke udara ye. Baiklah, carta kembali bersambung untuk bulan kedua.


Lagu daripada album Far East, Halawatul Iman (2006). Album ini kalau korang ingat lagi dihasilkan dengan lagu2 yang bercorakkan tarannum Al-Quran. Kisah lagu ni mengenai dua anak Adam, Habil dan Qabil yang bersengketa akibat merebut saudara perempuan mereka mengakibatkan Qabil membunuh saudaranya (pembunuhan pertama di muka bumi).


9) Ku Milik Mu – Azhan Atan (Jan: 2)


Single yang menjadi tajuk album pertama Juara Akademi Nasyid TV9, Azhan Atan. Kekurangan fizikal tak mematahkan semangat beliau untuk terus berjuang.


8) CHE.R.RY – YUI (Jan: 5)


I fell in love, but you probably haven't noticed.
Ni terjemahan lirik lagu ni ye. Jangan salah faham lak.


7) Patah Hati – Saujana (lagu baru)


Lagu oleh Hafiz Hamidun dan lirik oleh Ahmad Fedtri Yahya. Ahmad Fedtri Yahya (TV3) ni rupa-rupanya agak banyak juga menulis lirik lagu termasuk lagu-lagu nasyid. Melengkapkan lagu terbaik untuk album pertama Saujana sejak 2005, dengan dua ahli kumpulan baru.


6) Nota Cinta – Saujana (lagu baru)


Cintaku kepada Dia
Rinduku hanya padaNya
Kasihku tulus buatNya
Setiaku balas kasihNya
Kasihku kasih yang setia
Pada yang punya.


5) Colors – FLOW (Jan: 3)


Lagu kumpulan muzik Jepun FLOW yang menjadi menjadi lagu tema siri animasi Code Geass: Lelouch of the Rebellion. Meskipun tajuknya dalam bahasa Inggeris, tapi liriknya 100% dalam bahasa Jepun.


4) Answer – FLOW (lagu baru)


Lagu FLOW yang kali pertama memasuki carta. Lagu ni menjadi lagu pembukaan untuk siri drama Tantei Gakuen Q (adaptasi manga dan animasi Detective Academy Q). Kalau tak silap, komik Detective Academy Q dipasarkan di Malaysia dengan nama Sekolah Detektif Q. Siapa ada drama ni (Tantei Gakuen Q)?


3) I Can Wait Forever – Simple Plan
(lagu baru)


Simple Plan pun ada lagu jiwang jugak. Terutamanya dalam album bertajuk Simple Plan (2008). Lagu lain seperti No Love, Your Love is A Lie dan lain2 lebih ke arah kekecewaan. Aku cuba terjemahkan liriknya dalam Bahasa Malaysia (korus).

Satu hari tanpamu bersamaku
Seperti pisau yang menembusiku
Tapi aku boleh menunggu
Aku boleh menunggumu selamanya.

2) Jika Terakhir Buatku – Saujana (lagu baru)


Pada awal kemunculan album Saujana kali ni, lagu ni paling menarik perhatian aku.
Satu lagu yang menginsafkan jugak la.
Aku ada buat satu artikel khas untuk lagu ni awal tahun baru-baru ni.

1) Days – FLOW (Januari: 1)


Masih lagi bertahan selaku juara carta. Sehingga kini, antara single terbaik yang pernah dirakamkan oleh FLOW. Lagu2 FLOW biasanya dijadikan lagu pembukaan siri-siri animasi. Days dijadikan lagu pembukaan untuk siri animasi Eureka Seven (52 episod).



Lagu terkeluar

6 lagu terkeluar bulan ni. Enam. Tum Mile – Neeraj Sridhar (ke-4), Resah – Instinct (ke-6), Anima Rossa – Porno Graffitti (ke-7), Cinta Terakhir – Aiman (ke-8), Memori Cinta Luka – Nassier Wahab (ke-9) dan Istana Kasih – Destiny (ke-10) gagal bertahan dalam carta.

Bulan ni juga ada 3 lagu daripada Saujana dan 3 lagu dari kumpulan FLOW. Eh?

Jumpa lagi.

2 comments:

lea said...

aku suka nota cinta-saujana

Din_diet said...

bagus2..