Pada hujung minggu ini, beberapa perlawanan menarik antara musuh setempat dalam Liga Perdana Inggeris akan berlangsung. Jadi marilah kita mengimbas beberapa perlawanan antara musuh setempat atau lebih dikenali sebagai 'Derby' yang tersohor dalam EPL.
1) Merseyside Derby
Pertemuan 'Merseyside Derby' ini melibatkan dua kelab paling berjaya di bandar Liverpool, iaitu Liverpool dan Everton. Perlawanan ini merupakan pertemuan setempat yang paling lama bertahan dalam liga divisyen teratas, sejak musim 1962-1963. Malam ini, pasukan merah dan biru akan sekali lagi bertemu di Goodison Park.
Daripada 215 pertemuan sebelum ini, 85 perlawanan dimenangi Liverpool dan 66 dimenangi Everton. Baki 64 perlawanan berkesudahan seri.
Keputusan musim lalu:
Everton 2 Liverpool 0
Liverpool 2 Everton 2
2) North London Derby
'North London Derby' atau pertemuan setempat London Utara melibatkan Arsenal dan Tottenham Hotspur. Perlawanan ini juga akan berlangsung dalam minggu ini di White Hart Lane. Satu lagi perlawanan yang diramal sengit, terutamanya melihatkan situasi permulaan musim ini.
Sebelum ini, Arsenal menang 71 perlawanan antara dua pasukan itu. Spurs pula menang sebanyak 52 kali. Baki 47 perlawanan berakhir dengan seri.
Musim lalu, Tottenham menewaskan Arsenal untuk kali pertama di tempat lawan dalam tempoh 17 tahun. Di tempat sendiri, Spurs bangkit dari ketinggalan 2 gol untuk seri 3-3.
Keputusan musim lalu:
Arsenal 2 Tottenham 3
Tottenham 3 Arsenal 3
3) Manchester Derby
Perlawanan 'Manchester Derby' musim ini amat dinantikan kerana permulaan mantap kedua-dua pasukan dalam Liga tahun ini. Pasukan yang terlibat? Semestinya juara 19 kali EPL dan pasukan sokongan ramai, Manchester United dan jiran bising mereka, Manchester City.
Manchester United atau Red Devils setakat ini menang 67 kali manakala Manchester City sekadar 43 kali. 50 pertemuan mereka menghasilkan keputusan seri.
Pertemuan ke-160 awal musim ini menyaksikan Red Devils bangkit dari ketinggalan 2-0 untuk menang 3-2 dalam perlawanan Perisai Komuniti Ogos lalu.
Keputusan musim lalu:
Man City 0 Man United 0
Man United 2 Man City 1
Man City 1 Man United 0 (Piala FA)
4) North West Derby
Pertemuan ini pula melibatkan pertarungan dua musuh ketat sejak zaman-berzaman, iaitu Manchester United dan Liverpool. Siapa tak kenal mereka - pasukan paling sukses dalam bola sepak Inggeris dulu dan sekarang.
Musim lalu ditakrifkan dengan sepakan gunting Dimitar Berbatov dan Dirk Kuyt yang mencuri ayam Luis Suarez.
Keputusan musim lalu:
Manchester United 3 Liverpool 2
Manchester United 1 Liverpool 0 (Piala FA)
Liverpool 3 Manchester United 1
5) Tyne-Wear Derby
Pertemuan 'Tyne-Wear' pula melibatkan dua pasukan berjiran di timur laut England, Newcastle United dan Sunderland. Musim ini, kedua-duanya sudah bertemu dengan kemenangan 1-0 berpihak kepada Newcastle United di gelanggang Sunderland.
Keputusan musim lalu:
Newcastle United 5 Sunderland 1
Sunderland 1 Newcastle United 1
Pertemuan Setempat yang Lain
West London Derby (London Barat)
Melibatkan Chelsea, Fulham dan pasukan Tony Fernandez, Queen Park Rangers (QPR).
Black Country Derby
West Bromwich Albion dan Wolverhampton Wanderers
West Midlands Derby
West Bromwich Albion dan Wolverhampton Wanderers (juga Aston Villa dan Stoke City)
Aston Villa juga terlibat dalam 'Second City Derby' menentang Birmingham City. (Tiada musim ini kerana Birmingham telah tersingkir dari EPL)
'Derby' di Malaysia
Di Malaysia pun apa kurangnya. Ada juga pertemuan musuh setempat seperti di England.
Derby Pantai Timur - Kelantan & Terengganu (dan juga T-Team dan Pahang)
Derby Lembah Klang - Selangor & Kuala Lumpur (dan Selangor PKNS?)
Derby Borneo - Sarawak & Sabah
Derby Utara - Kedah & Perlis (Perak & Pulau Pinang juga)
Pertemuan abang dan adik
Terengganu & T-Team
Johor FC & Johor
Ada lagi?
No comments:
Post a Comment