Isu kali ini: Perlawanan Malaysia menentang Australia, Malaysia tewas kepada Jepun dan peminat-peminat QPR dan Cardiff City di Malaysia.
Oh ya, sekali lagi kita bertemu dalam kolum berita bola sepak Malaysia.
PREBIU PERLAWANAN PERSAHABATAN ANTARABANGSA
AUSTRALIA - MALAYSIA
Malaysia akan mengadakan perlawanan persahabatan antarabangsa kelas A dengan skuad finalis Piala Asia 2011, Australia. Perlawanan ini adalah kali pertama dalam tempoh 20 tahun. Pada 1992, Malaysia menundukkan Australia 1-0 di Jakarta.
AUSTRALIA
Australia atau Qantas Socceroos bimbingan Holger Osieck kini menduduki ranking ke-19 dunia. Dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2014, Australia kini mendahului Kumpulan D setelah menewaskan Thailand dan Arab Saudi. Australia akan berdepan Oman pula 11 Oktober nanti.
Australia akan turun tanpa khidmat bintang EPL, Tim Cahill (Everton) dan Mark Schwarzer (Fulham). Bekas pemain Blackburn, Brett Emerton dan bekas bintang Leeds United dan Liverpool, Harry Kewell juga turut diketepikan. Tanpa mereka, skuad Qantas Socceroos masih lagi gagah dengan barisan pemain dari Eropah.
Skuad Australia
Penjaga gol: Adam Federici (Reading/England), Nathan Coe (Sonderjyske/Denmark)
Pertahanan: Lucas Neill - kapten (Al Jazira/UAE), Sasa Ognenovski (Seongnam Ilhwa/Korea), Matthew Spiranovic (Urawa Red Diamonds/Jepun), Luke Wilkshire (Dinamo Moscow/Rusia), Rhys Williams (Middlesbrough/England), Michael Zullo (Utrecht/Belanda)
Tengah: Brett Holman (AZ Alkmaar/Belanda), Mile Jedinak (Crystal Palace/England), Neil Kilkenny (Bristol City/England), Matt McKay (Rangers/Scotland), James Troisi (Kayserispor/Turki), Carl Valeri (Sassuolo/Itali)
Penyerang: Alex Brosque (Shimizu S-Pulse/Jepun), Josh Kennedy (Nagoya Grampus Eight/Jepun), Robbie Kruse (Fortuna Dusseldorf/Jerman), Adam Sarota (Utrecht/Belanda)
MALAYSIA
'Harimau Malaya' Malaysia di bawah kendalian Dato K Rajagopal adalah juara Piala AFF 2010. Kempen kelayakan Piala Dunia 2014 bagi Malaysia telah pun berakhir dengan kekalahan kepada pasukan tetangga Singapura. Sekali lagi rakyat Malaysia hanya mampu menonton Piala Dunia dari kaca televisyen masing-masing.
Malaysia kini berkongsi tangga ke-147 dunia bersama Fiji diikuti Dominica dan Barbados. Pernah dengar nama mereka?
Beberapa pemain baru seperti Joseph Kallang Tie dan K Reuben dipanggil kali ini. Muka-muka lama yang diketepikan sebelum ini seperti Farizal Marlias dan Norhafiz Zamani Misbah turut dipanggil semua.
Mereka yang digugurkan termasuk kapten Safiq Rahim, Amirulhadi Zainal, Abdul Hadi Yahya, Ashaari Shamsudin dan ramai lagi. Turut menerima nasib sama adalah kelompok anak-anak emas beliau, Ismail Faruqi, Ahmad Fakri Saarani dan Sharbinee Allawee Ramli. Tanpa Safiq Rahim, Malaysia akan diketuai oleh Norhafiz atau Safee Sali.
Skuad Malaysia
Penjaga gol : Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan), Farizal Marlias (Negeri Sembilan)
Pertahanan : Mahali Jasuli, Muslim Ahmad, Mohd Faizal Muhammad (Harimau Muda A), Farisham Ismail, (Kelantan), Asraruddin Putra Omar (Selangor), Norhafiz Zamani Misbah (Negeri Sembilan), Zubir Azmi (Terengganu)
Tengah : Joseph Kalang Tie (Terengganu), Amar Rohidan, Khyril Muhymeen Zambri, Baddrol Bakhtiar (Kedah), S. Kunalan (Negeri Sembilan), K. Gurusamy, Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria (Harimau Muda A)
Penyerang : Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan), Safee Sali (Pelita Jaya FC/Indonesia), K. Rubben (UKM), Izzaq Faris Ramlan (Harimau Muda A), Yong Kuong Yong (Kuala Lumpur), Shahrizal Mohd Saad (Johor FC)
Malaysia diharap mampu memberi yang terbaik dan mengelak kekalahan besar kepada Australia. Siapa tahu kalau-kalau aksi menarik pemain Malaysia boleh membuka mereka peluang beraksi di Liga Australia?
Ramalan keputusan: Australia 3 Malaysia 1
KELAYAKAN SUKAN OLIMPIK 2012 #1 JEPUN 2 MALAYSIA 0
Malaysia membuka kempen kelayakan Olimpik 2012 dengan kekalahan 0-2 kepada Jepun di Tosu. Keigo Higashi dan Ryohei Yamazaki menjaringkan gol pada setiap separuh masa untuk mengecewakan anak buah Ong Kim Swee.
- Malaysia sekali lagi terhutang budi kepada Khairul Fahmi Che Mat, yang menggagalkan cubaan demi cubaan Jepun. Kalau tak ada beliau, Malaysia boleh kena 5 atau 6 biji gol.
- 28 cubaan Jepun berbanding 2 untuk Malaysia jelas menunjukkan penguasaan Jepun.
- Cuba bermain hantaran-hantaran pendek ala-ala Barcelona dan Arsenal namun kerap hilang bola akibat diasak.
- Malaysia lebih mengancam setelah Wan Zaharulnizam Wan Zakaria (kecik) dimasukkan pada separuh masa kedua.
- Pertahanan Malaysia - Mahali, Muslim & Fadhli harus mengambil lebih perhatian. Mereka kan bermain untuk pasukan kebangsaan.
Dalam satu lagi perlawanan kumpulan C, Syria menundukkan Bahrain 3-1. Dua perlawanan di tempat sendiri Malaysia selepas ini menentang Syria dan Bahrain amat penting. WAJIB MENANG jika mahu ke London.
Seperkara lagi yang diperhatikan, Malaysia susah nak menang kalau perlawanan jatuh waktu Maghrib di Malaysia. Oleh itu, peminat-peminat kena solat maghrib dulu baru boleh sambung tengok bola! Baru ada berkat!
NASIHAT UNTUK PEMINAT QPR & CARDIFF CITY DI MALAYSIA
Sekarang sudah menjadi trend untuk ahli perniagaan Malaysia membeli kelab bola sepak liga Inggeris. Datuk Chan Tien Ghee muncul di Cardiff City manakala Tan Sri Tony Fernandes pula mendapatkan kelab Queen Park Rangers (QPR). Maka berduyun-duyunlah rakyat Malaysia muncul menyokong kelab-kelab ini atas dasar patriotisme, kata mereka. Apa sajalah.
Namun adat kita datang ke tempat orang, kena la ikut tuan rumah. Jangan lah pula kita jadi kurang ajar. Untuk kebaikan Malaysia dan demi menjaga maruah Malaysia sila ambil perhatian.
Tolong hentikan promosi pemain Malaysia di page facebook dan twitter kedua-dua kelab tersebut. Antara yang selalu dipromosikan - Khairul Fahmi Che Mat (great goalkeeper), Safee Sali (very very good striker) dan Safiq Rahim (midfield playmaker, superb freekicks).
Selepas QPR kalah 6-0 dengan Fulham Ahad lepas, ada juga peminat yang mengatakan jika Safee ada, keputusan takkan jadi macam tu. Hmm.
Kalau mereka bagus, sudah tentu Malky Mackay dan Neil Warnock akan memberi perhatian kepada mereka. Mungkin mereka bagus di peringkat Asia Tenggara tetapi taraf mereka masih lagi jauh dari Liga Inggeris. Langkah pertama jika ingin beraksi di luar negara adalah dengan mencuba Liga-Liga di Asia (Jepun, Korea, malah Indonesia & Singapura) atau divisyen bawahan Liga-liga Eropah.
Bayangkan jika Safee Sali beraksi untuk Colchester Rovers. Mungkin rakyat Malaysia akan sokong kelab tu pulak!
Neil Warnock pernah melabelkan Safee Sali sebagai 'David Beckham Malaysia'. Safee Sali dan Safiq juga berpeluang menjalani pemilihan di Cardiff City. Jika mereka mampu memikat pengurusan kelab (kejurulatihan) mereka akan berpeluang beraksi di England. Jika tidak, cuba kelab lain atau liga lain.
Usah salahkan masalah birokrasi, kerana nak dapat premit kerja di England memang susah. Tambahan lagi dengan ranking Malaysia yang lebih rendah jika dibandingkan dengan Faroe Islands. Contoh, pemain Jepun, Ryo Myaichi terpaksa menunggu setahun sebelum betul-betul dapat berpindah ke London.
Semasa Thaksin Sinawatra menjadi pemilik Manchester City, pemain Thailand hanya dapat peluang berlatih bersama pasukan simpanan mereka.
Ramli lagi hebat. Beliau sudah beraksi bersama Manchester United mengambil tempat Danny Welbeck. K Rajagopal perlu memanggil beliau untuk skuad kebangsaan masa akan datang.
Dan jangan lupa gunakan bahasa Inggeris apabila komen di page facebook mereka. Salah grammar pun tak apa. Kelihatan ramai juga yang selamba menggunakan Bahasa Melayu. seolah-olah mereka sedang komen di page Selangor FA atau Harimau Malaya. Kat tempat macam tu tak payah nak pandai-pandai martabatkan bahasa kebangsaan kita pulak.
pasukan kebangsaan Malaysia (versi Cardiff City)
Ada yang sampai bergaduh dengan penyokong asal kelab terbabit. Siapa yang busuk? Kita juga. Malaysia dan rakyatnya.
Penyokong-penyokong asal mana-mana kelab di Eropah sangatlah tidak suka dengan kumpulan penyokong 'glory hunters' - sokong apabila menang, kalah sokong kelab lain. Ketika kelab ada masalah 'glory hunters' ini akan menghilang. Sejenis lagi golongan penyokong yang dibenci adalah 'bandwagoners' (tiada kaitan dengan gooners). Bandwagoners ni pula hanya menyokong setelah pasukan mula menang menang dan menang atau mula menjadi pasukan top.
Sama-samalah kita renungkan.
Sekian. Ingin baca lagi?
Berita Bola Sepak Malaysia #1
Berita Bola Sepak Malaysia #2
Berita Bola Sepak Malaysia #3
Berita Bola Sepak Malaysia #4
No comments:
Post a Comment