Thursday, December 9, 2010

Carta HYLI Mac 2010

Salam Sejahtera

Keputusan Bulan Mac untuk Carta Hidup Yang Lebih Indah (HYLI).

10) Nota Cinta – Saujana (Feb: 6)


Merosot ke tempat ke-10 untuk bulan ni. Lagu ni sebenarnya nota cinta seorang hamba kepada penciptanya, itulah maksud sebenarnya. Lagu ni menjadi judul kepada album terbaru Saujana yang berada di pasaran sejak hujung 2009.


9) Answer – FLOW (Feb: 4)


Turun ke tempat ke-9 untuk bulan Mac. Apa jawapannya?


8) I Can Wait Forever - Simple Plan (Feb: 3)


Masih boleh menunggu selamanya? Nampaknya kesabarannya semakin hilang.
Jatuh ke tempat ke-8.


7) Boys and Girls – LM.C (lagu baru)


Lagu rock keras daripada kumpulan LM.C dari Jepun. Lagu ni adalah lagu pembukaan kedua untuk siri animasi Katekyo Hitman Reborn (satu lagi animasi yang takkan ditayangkan di Malaysia.huh). Antara lagu pembukaan terbaik untuk siri animasi KHR.


6) Noktah Cinta – Hafiz AF7 (lagu baru)


Lagu ni macam lagu nasyid jiwang? Tidaklah. Lagu oleh juara AF7, Hafiz dari Sarawak. Video klip dia pun ok jugak jalan cerita dia.

5) Menanti Solehah – Aiman (lagu baru)


Satu daripada dua lagu dalam kategori nasyid dalam album solo pertama Aiman Sidek. Satu lagi ialah Dusta Berkalang yang layak ke Anugerah Juara Lagu 2009. Best jugak.


4) Patah Hati – Saujana (Feb: 7)


Bukankah Tuhan ciptakan malam untuk beradu menanti siang?
Bukankah Tuhan titiskan hujan menanti limpah kemarau panjang?


3) Days – FLOW (Jan: 1, Feb: 1)


Ok. Carta HYLI dah ada juara baru. Lagu ni turun ke tempat ketiga.


2) Jika Terakhir Buatku – Saujana (Feb: 2)


Naib juara bulan Februari terus bertahan di tempat yang sama. Adakah lagi Subuh esok?


1) Tsukiakari no Michishirube – Stereopony (lagu baru)



Juara baru carta HYLI, Tsukiakari no Michishirube oleh Stereopony. Lagu pembukaan siri animasi Darker Than Black: Ryusei no Gemini, sekuel siri Darker Than Black. Lagu ni memang mantap. Kredit kepada seorang kawan aku yg 'rekomen' lagu ini.


Lagu Terkeluar

4 lagu terkeluar.
Tiga lagu terkeluar selepas bertahan dua bulan dalam carta.
Colors - FLOW (ke-3 Jan, ke-5 Feb)
CHE.R.RY - YUI (ke-5, ke-8)
Ku Milik Mu - Azhan Atan (ke-2, ke-9)

Habil dan Qabil (Far East) terkeluar selepas menduduki tempat ke-10 bulan lepas.

6 comments:

Lea Isnawi said...

rajin sungguh ko..
g jawab tag aku tu..hehe

Din_diet said...

lajunya komen.haha.
tag ko dh masuk dlm jadual upload entri.sabo ye.

chanz said...

wat carta camni --> idea ni. untuk sentiasa update blog! lulz~

Din_diet said...

haha.betul la kot.utk sentiasa update blog.

nf said...

best la idea mengupdate blog cara ni.. tapi last.fm aku sentiase tuka2 kot.. takde yang turun naik. keluar masuk ade la.. haha

Din_diet said...

lastfm ok gak.turun naik keluar masuk biasa la tu kan..haha