Friday, December 31, 2010

Carta HYLI Disember 2010

Salam Sejahtera

Edisi terakhir untuk tahun 2010, entri ke-53 membawakan keputusan carta Hidup Yang Lebih Indah untuk bulan Disember. Akhirnya carta ini genap setahun, walaupun baru disiarkan bulan ini.

10) Yume no Ashioto ga Kikoeru - Mizuhara Kaoru (lagu baru)


Lagu penamat bagi siri animasi Ga-rei: Zero. Siri ini adalah prekuel manga Ga-rei, mengisahkan latar belakang watak utama manga ini Tsuchimiya Kagura dan Isayama Yomi. Siri animasi ini aku rekomen untuk korang tengok. Best. Kredit kepada Hakim yang menyarankan siri ini pada aku. Poster di atas adalah watak utama palsu siri ini.

9) I Do It – Stereopony (Okt: 7, Nov:2)
Single ketiga Stereopony hasil koleborasi penyanyi dan komposer YUI dan vokalis Stereopony, Aimi.

8) Rain – YUI (Nov: 4)


Sempena musim hujan ini, lagu ini memang sesuai untuk didengarkan semasa malam hujan yang syahdu.

7) Sign – FLOW
(Jun: 1, Jul: 1, Ogos: 1, Sep: 2, Okt: 1, Nov: 6)
Bulan ketujuh dalam carta dan tempat ketujuh. Lagu pembukaan untuk siri animasi popular kanak-kanak Malaysia, Naruto: Shippuden.


6) Hakanaku mo Towa no Kanashi – UVERworld (lagu baru)


Satu lagi lagu daripada siri animasi. Kali ini siri Mobile Suit Gundam 00.

5) One Day – The Rootless (Nov: 7)
Sekarang lagu ini adalah nada dering telefon aku. Lagu untuk pertempuran epik di Marineford (One Piece).

4) Paradise Lost – Minori Chihara (lagu baru)


Jarang-jarang sekali aku jumpa siri animasi yang lagu tema pembukaan dan penamatnya sama-sama menarik perhatian aku. Jika tadi Mizuhara Kaoru menyanyikan lagu penamat, lagu Minori Chihara pula adalah lagu pembukaan untuk Ga-rei: Zero. Poster watak utama sebenar.

3) Nurul Iman – Rabbani (Sep: 8, Okt: 3, Nov: 1)
Lagu Nurul Iman daripada Rabbani menjadi juara carta bulan lepas. Lagu ini masih lagi bertahan dalam carta Ikim.fm.

2) Aman – Far East(Jul: 6, Ogos: 3, Sep: 5, Okt: 4, Nov: 3)


Lagu kumpulan Far East, Aman bergelar naib juara bulan ini. Bulan keenam dalam carta.


1) Manifestasi Cinta – Fiq feat. Mirwana(Jul: 8, Ogos: 10, Sep: 7, Okt: N/A, Nov: 5)



Akhirnya sebagai juara. Lagu ini telah bertahan dalam carta untuk bulan kedua dan tersenarai dalam carta sebanyak lima kali, kecuali dalam bulan Oktober. Lagu duet Fiq dan Mirwana ini gagal layak ke Anugerah Juara Lagu, sama seperti sebuah lagi lagu duet Mirwana, Tika Masanya (feat. Hujan). Juri buat apa pun tak tahu.

Lagu Terkeluar
Hanya 3 lagu terkeluar bulan ini. Menyesal (Sixth Sense, ke-8), Ku Yakin Berlaku (Aidil, ke-9) dan Ft (Funkist, ke-10) tidak lagi mendapat tempat dalam bulan ini.

Jumpa lagi pada tahun 2011.

3 comments:

chanz said...

Aman best weh. Pembuat lirik dia memang power ar.

haha watak utama palsu pulak

Din_diet said...

yela.watak utama palsu.abeh eps 1 semua kena bunuh.huhu

jklover501 said...

bila nak post carta seterusnya? *excited*