Sunday, December 12, 2010

Carta HYLI Mei 2010

Salam Sejahtera

Keputusan bulan Mei. hari ini entri berganda ye. sila baca bahagian bawah dulu. :)

10) Laugh Away – YUI (lagu baru)


Hah. Lagu YUI yang lain pun ikut sama menceroboh carta. Dirakam pada tahun 2007.


9) Selamat Malam – Faizal Tahir (Apr: 9)


Faizal Tahir masih lagi bertahan di tempat ke-9 seperti April lepas. Selamat malam.zzzz


8) Bicara Hatiku – NICE (Apr: 10)


Lagu kumpulan NICE juga ikut sama bertahan dalam carta dan melonjak ke tempat ke-8. Unsur koir dalam lagu ni menjadikan lagu ni agak unik .


7) Days – FLOW (Jan: 1, Feb: 1, Mac: 3, Apr: 6)


Days kini menghitung hari untuk bertahan dalam carta. Bagaimanapun Days masih lagi lagu yang paling lama kekal dalam carta, masuk bulan kelima berturut-turut.


6) Shunkan Sentimental – SCANDAL (Apr: 8)


Lagu daripada kumpulan Scandal melonjak ke tempat ke-6 untuk bulan ni.


5) Patah Hati – Saujana (Feb: 7, Mac: 4, Apr: 3)


Kau tidak seperti dulu, yang ku kenali dulu, rupa hilang seri, manakah manisnya?
Kau tidak seperti dulu, yang ku kenali dulu, madah tak berlagu, manakah girangnya?
Bertahan dalam carta untuk bulan keempat berturut-turut. Namun, turun ke tempat kelima.


4) Mahabbah – Rabbani (lagu baru)


Lagu dari album terbaru Rabbani, Mahabbah. Album ini adalah album pertama Rabbani selepas pemergian Allahyarham Ustaz Asri. Ulasan mengenai album ni boleh baca di sini.


3) Sakura Rock – Cherryblossom (lagu baru)


Lagu Cherryblossom menjadi salah satu lagu penamat untuk siri animasi Katekyo Hitman Reborn. Kumpulan Cherryblossom sekarang telah pun berpecah.


2) I Remember You – YUI (lagu baru)


Lagu pendek daripada YUI, 2 minit 53 saat. Lagu jiwang yang dirakamkan pada tahun 2006 ni terus melonjak ke tempat kedua. Kita tunggu bulan seterusnya macam mana.


1) Tsukiakari no Michishirube - Stereopony (Mac: 1, Apr: 1)


Terus bertakhta di tempat pertama untuk bulan ketiga berturut-turut. Sekaligus, ia memecahkan rekod lagu paling lama bergelar juara, mengatasi Days daripada kumpulan FLOW yang menjadi juara selama dua bulan berturut-turut. Masih kemah kemin.


Lagu Terkeluar
Dua lagu YUI, Jam (ke-4) dan Never Say Die (ke-7) hanya mampu bertahan sebulan dalam carta. Lagu Himesh Reshammiya, Jhalak Dikhalaja yang menjadi naib juara bulan lepas pun turut terkeluar.

Lagu Jika Terakhir Buatku daripada Saujana terkeluar selepas berada berada 3 bulan dalam carta. Berjaya menjadi naib juara dua kali (Feb dan Mac) dan ke-5 bulan April.

3 comments:

chanz said...

dah nak abeh 2010 br nk update bulan2 lol~ haha

Lea Isnawi said...

suppose ko wat blog baru la...

Din_diet said...

hakim: x sempat bro.lol

lea: blog baru..yg ni xpe dah kot.harap bersabar ye.